Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Valentino Rossi Terkejut Terserempak Dengan Aksi 'Motosikal Tanpa Penunggang' Mat Rempit Ketika Berkunjung ke Malaysia

24 Nov 2016


SHAH ALAM, 24 Nov - Juara MotoGP, Valentino Rossi terkejut dengan aksi 'Mat Rempit' di negara ini ketika membuat satu kunjungan ke Malaysia.

Bintang lumba Malaysia, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini berkata, juara dunia sembilan kali itu terserempak dengan sekumpulan Mat Rempit dan terkejut melihat aksi-aksi yang 'dipersembahkan' oleh mereka di jalan raya.

"Biasanya, selepas perlumbaan di Sepang, Rossi akan keluar ke Kuala Lumpur di waktu malam", kata Shahrol yang sudah mengenali Rossi sejak awal latihannya di Barcelona dan di Kejuaraan Fédération Internationale de Motocyclisme European dan Spanish Road Racing pada 90-an.

Rossi terserempak dengan Mat Rempit ketika dia dalam perjalanan balik dari pusat bandar. Dia ternampak sekumpulan penunggang motosikal menuju secara melulu bersebelahan keretanya di lebuhraya Sungai Besi.

"Saya ternampak beberapa motosikal 'tanpa penunggang'", katanya berseloroh.

"Rossi kemudian memberitahu saya: hey Yuzy, saya ternampak seorang lelaki berbaring atas tempat duduk motosikal.

"Menakjubkan! Apa tu?"


Shahrol berkata dia cuma gelak dan membalas: "Itu satu trend di sini. Kami memanggilnya Mat Rempit. Boleh kamu lakukan (aksi) itu, Valentino?"

"Rossi kemudian membalas yang dia tidak berani melakukan aksi itu di atas jalan raya (awam) atau di trak perlumbaan kerana itu bukan budaya keselamatannya", kata Shahrol kepada penonton di satu forum keselamatan jalan raya "Pusara di Jalanraya: Sampai bila"yang dianjurkan oleh Karangkraf pada hari Isnin.

Shahrol kemudian berkata penunggang motosikal di Eropah lebih berdisiplin dan mereka tidak mengamalkan tabiat menyelit di celah-celah kenderaan.

“Penunggang motosikal di Eropah sanggup menunggu di belakang kenderaan lain dan tidak mencilok,” terang Shahrol.

Shahrol memgaku bahawa majoriti penunggang di Eropah membawa motosikal besar dan beliau berharap penunggang di Malaysia dapat menghentikan tabiat menyelit di antara kenderaan.

Sumber: Sun Daily
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "