IPOH: Penceramah bebas, Dato' Mohd Kazim Elias dilaporkan telah di kejarkan ke hospital selepas beliau dikatakan telah mengadu penat dan tidak sihat di rumahnya, di sini, hari ini.
Perkara ini disahkan di laman Facebook rasmi Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias pagi tadi.
Tulisan di facebook berkenaan berbunyi "Pagi ini Dato Ustaz Kazim telah dikejarkan ke hospital. Pemeriksaan sedang dijalankan. Mari kita sama2 berdoa mohon Allah melindungi beliau dan memberi kesembuhan.
Buat masa sekarang PELAWAT TIDAK DIBENARKAN MELAWAT."
Ustaz Kazim yang dijadualkan merasmikan majlis graduasi Tadika Nurul Barakah pagi ini telah dikejarkan ke wad kecemasan sebuah hospital swasta pada jam 8 pagi untuk mendapatkan rawatan. - Siakapkeli.my