Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

7 Ilmu Pelaburan Ini Boleh Membantu Anda Untuk Menjadi Seorang Yang Mahir Dalam Bidang Pelaburan

5 Nov 2016
No Comment

Permulaan yang baik, ada kalanya perlu dimulakan sewaktu muda atau seawal yang mungkin, ini bagi memastikan segala perancangan yang telah diatur mampu untuk dicapai. Bukan itu sahaja, ianya juga untuk mengelakkan diri dari lalai dalam mengurus kehidupan.

Setiap apa yang dilakukan, perlu mempunyai susunan yang baik, ia seperti membuat percaturan akan kehidupan, yang akan berkait antara satu sama lain. Begitu juga dengan apa yang dikatakan dengan pengurusan kewangan, atau pelaburan.

Admin ingin kongsikan, apa yang perlu dilakukan dalam merancang pelaburan, supaya mampu bertahan, dan memberi pulangan yang baik pada masa akan datang. Mari kita lihat 7 wawasan pelaburan yang dikongsikan oleh saudara Amir Syahir ini.


7 Wawasan Pelaburan Anak Muda

Kita sebagai anak muda jangan asyik berwawasan nak ajak makwe dating je. Wawasan nak belikan makwe baju sama sedondon bagai.

Wawasan kita mesti ke hadapan, lebih jelas dan nyata. Kalau nak dating pun ada wawasan, apatah lagi dalam pelaburan. Tak boleh main hentam jee.

Antaranya :

1. Kepelbagaian Pelaburan 

Seperti kepelbagaian ekosistem, kita mesti mempunyai kepelbagaian bentuk pelaburan. Tidak hanya fokus kepada satu peluang pelaburan sahaja. Antaranya pelaburan hartanah, unit amanah, emas, T.H, ASB dan sebagainya.

2. Kepandaian Mengawal Aset

Mengetahui nilai aset. Melabur mungkin ada untung dan rugi. Jadi, dengan ilmu lah kita mampu memastikan aset kita bernilai pada kita. Jangan tertukar aset dengan liabiliti ye ye.

3. Berbelanja Tanpa Hutang 

Sudah ada untung daripada pelaburan, elakkan berhutang untuk membeli sesuatu benda. Jika mampu dan ada tunai, baru beli. Jika tidak, bersabar lah dulu. Hidup lebih bahagia tanpa hutang. Jangan sikit-sikit nak bayar ansuran pada benda tak penting.

4. Tidak Beremosi Dalam Pelaburan

Jika melabur, korang perlu menjadi pelabur yang bijak dan tenang. Jangan cepat sangat nak beremosi jika berhadapan dengan sesuatu kedaaan yang sukar. Tenang jeee. Relaks. Tarik nafas dalam-dalam. Setiap masalah ada penyelesaiannya.

Kalau cepat sangat beremosi, tak kan menyelesaikan apa-apa masalah pun. Korang jugak yang hidup tak tenang.

5. Tahu Akan Risiko Pelaburan

Setiap pelaburan ada risiko tersendiri. Jadi, sebelum memulakan pelaburan selidik dahulu risiko yang bakal dihadapi. Kena ada ilmu. Jangan main redah jee. Takut kau orang yang rebah nanti.

6. Mempunyai Simpanan 

Nak melabur mesti ada simpanan. Siapkan tabung simpanan dan dana kecemasan terlebih dahulu. Tak de lah kau orang sibuk nak pergi pinjam sana sini.

7. Mempunyai Pelan B

Adakalanya pelan A tidak menjadi kita perlukan pelan back up. Janganlah risau jika korang baru nak bermula dan mempunyai banyak cabaran serta rintangan. Jadi fikir-fikirkan exit plan jika perancangan pelaburan korang tak berapa nak menjadi.


Tak ada sorang pun pelabur lahir-lahir terus jadi hebat dan mahir. Mereka semua melalui proses pembelajaran yang panjang.

Jadi ayuhlah kita membaca sedikit ilmu untuk menjadi seorang yang mahir seperti otai-otai yang penuh ilmu pelaburan di dada.

Benarlah kata-kata yang berbunyi, "Kalian tidak dilahirkan terus menjadi hebat, tapi kalian dilahirkan untuk menjadi seorang yang hebat!!" - Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "