JAKARTA - INDONESIA. Umat Islam di seluruh Asia kini sedang bergelut menerima kemenangan mengejut Donald Trump dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat hari ini.
"Saya sangat takut, adakah akan ada lebih banyak peperangan? Adakah Amerika akan menyerang negara Muslim lagi?" demikian soal aktivist, Alijah Diete selepas kemenangan Trump.
Sebelum ini, Trump membuat kenyataan kontroversi apabila dia menyeru kepada pengharaman ke atas orang Islam dari memasuki AS selepas insiden tembakan di California seterusnya menyebabkan kemarahan orang Islam seluruh dunia.
DI Indonesia, negara yang mempunyai paling ramai penduduk Islam melahirkan kebimbangan tentang bagaimana hubungan dengan AS akan terbentuk dan bagaimana Trump akan memberi kesan antara AS dan dunia Islam.
"Saya amat bimbang dengan hubungan antara AS dan negara Islam lain akan menjadi tegang kembali," kata Diete lagi.
Seorang pekerja sebuah firma undang-undang di Jakarta, Nikken Suardini berkata dia bimbang tentang larangan terhadap umat Islam yang dicadangkan.
"Jika beliau dipilih sebagai presiden, beliau akan menghalang umat Islam dari memasuki Amerika Syarikat - itu tidak adil," ujarnya dipetik AFP.
Selain itu, terdapat juga kebimbangan tentang dasar-dasar anti Islam di bawah kepimpinan Trump yang kini sedang bergelut dengan ancaman militan.
Sesetengah pemerhati berharap retorik populis Trump hanya bertujuan meraih undi dan tidak akan diterjemahkan ke dalam dasar xenofobia jika dia memasuki White House.
"Kami berharap kenyataan Trump terhadap umat Islam hanya untuk meningkatkan kempen, dan ia akan menyedari bahawa umat Islam adalah penduduk yang besar di Amerika Syarikat," kata Tahir Ashrafi, seorang ulama kanan kerajaan Pakistan
Selain di Indonesia, umat Islam di AS juga turut meluahkan perasaaan risau dengan kemenangan Trump.
"Ibu saya menulis mesej kepada saya 'tolong jangan pakai hijab' dan dia yang paling alim dalam keluarga", tulis seorang pengguna Twitter, @harryonmen.
Tweet itu mendapat lebih 40,000 retweet dalam masa beberapa jam ia dimuat naik.
Sumber: Sinar OnlineMy mom literally just texted me "don't wear the Hijab please" and she's the most religious person in our family....— ㅤ (@harryonmen) November 9, 2016