Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

UIAM Muncul Juara Debat Antara Universiti (Cambridge IV), Najib Ucap Tahniah

20 Nov 2016


KUALA LUMPUR, 20 Nov - Pendebat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) muncul juara Kejohanan Debat Antara Universiti (Cambridge IV) yang berlangsung di Universiti Cambridge, London Ahad lepas.

UIAM dalam satu kenyataan berkata, pasukan debat UIAM diwakili pelajar jurusan undang-undang Ameera Natasha Moore dan pelajar jurusan Ekonomi dan Sains Pengurusan Mubarrat Wassey.

Mubarrat juga dinobatkan Pendebat Terbaik Keseluruhan pada kejohanan tersebut.

Mereka menewaskan tiga pasukan daripada Universiti Oxford, Universiti Toronto, Canada dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam format pertandingan debat empat penjuru.

Kejohanan yang berlangsung pada 18 hingga 19 November lepas disertai 100 pasukan seluruh dunia termasuk Universiti Harvard, Universiti Durham dan Kolej Diraja London.

Menurut kenyataan itu, ini merupakan kali kedua Malaysia memenangi kejohanan itu dengan pasukan debat UiTM menjadi juara pada tahun lepas.

Pada tahun ini, UIAM telah meraih tiga kejohanan debat berprestij dunia iaitu Kejohanan Debat Antara Universiti Australasian, Kejohanan Debat United Asian dan Kejohanan Debat Parlimen British Asia.

Pasukan debat UIAM itu kini bersiap sedia untuk menyertai Kejohanan Debat Utama Dunia di Belanda, Disember depan.

Sementara itu, Perdana Menteri, DS Najib Razak mengucapkan tahniah kepada universiti terbabit kerana pencapaian tersebut.

"@iiudebate juara debat Cambridge IV! Saya baca senarai lawan yang ditewaskan bukan calang-calang, Oxford & banyak lg. Tahniah UIA Malaysia! #SoaringUpwards", tulis beliau di laman Twitter.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "