Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tip Untuk Memastikan Jangka Hayat Peti Sejuk Bertahan Lebih Lama, Juga Tidak Berbau

6 Nov 2016
No Comment

Peti sejuk merupakan perkakas rumah yang sering membantu dalam memastikan kesegaran sesuatu barang untuk bertahan lama, ianya akan menjadi tempat penyimpanan bahan masakan, khususnya barang mentah atau yang mudah untuk rosak.

Bukan itu sahaja, peti sejuk juga merupakan perkakas yang sering digunakan oleh semua orang, setiap kali melangkah masuk ke dapur, sudah pasti anda akan membuka peti sejuk, walaupun tidak berniat sekali pun untuk mengambil makanan darinya.

Mungkin atas kekurangan ilmu, atau tidak mengetahui penjagaan peti sejuk, kebanyakan dari kita mempunyai masalah berkaitan dengan peti sejuk, di mana sering membaiki peti sejuk atau menggantikannya dengan yang baru kerana peti sejuk cepat rosak. Bagi mengelakkan perkara itu berlaku, admin kongsikan bagaimana caranya untuk memastikan peti sejuk bertahan lama. Jom kita lihat perkongsian dari saudari IrWanee Harun ini.


Camna nak pastikan fridge kita TIDAK BERBAU BUSUK dan TAHAN LEBIH LAMA? Jom baca tips kat bawah

Assalamualaikum dan selamat tengahari semua.

TIPS PENJAGAAN PETI SEJUK

1. Jangan kerap kali membuka atau membiarkan pintu peti sejuk terbuka dalam tempoh yang lama. Ini akan menyebabkan suhunya berubah dan meningkatkan bekalan eletrik.

2. Pastikan anda membeli peti sejuk yang mempunyai 2 pintu dan di asingkan ruangan sejuk dan sejuk beku. Ini kerana kita lebih kerap membuka ruangan sejuk berbanding sejuk beku.

3. Jangan penuhkan peti sejuk hingga ruang udara di dalam peti sejuk tidak dapat bergerak dengan baik.

4. Pastikan anda tidak memasukkan makanan yang masih panas ke dalam peti sejuk anda.

5. Sentiasa memeriksa saluran udara keluar di bahagian sejuk beku supaya tiada barang yang menghalang pengudaraan dalam peti sejuk.

6. Sentiasa membersihkan peti sejuk dan memastikan barang yang di simpan di dalamya tidak berada di luar jangka hayat.


Selain itu, dalam memastikan peti sejuk anda sentiasa berbau segar, anda boleh juga memasukkan daun pandan yang telah disimpul rapi, atau menggunakan hirisan lemon. Dengan menggunakan potongan kayu arang di dalam peti sejuk juga, ia dapat memerangkap bau, dan mengembalikan kesegaran peti sejuk anda. – Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "