Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Terima Kasih Ahli Perniagaan': Penunggang Motosikal Tak Lepas Peluang Isi Petrol Percuma di Gebeng

6 Nov 2016
Orang ramai tidak lepaskan peluang isi minyak di Gebeng.

Kuantan, 6 Nov - Penunggang motosikal di sekitar sini tidak melepaskan peluang untuk mengisi minyak petrol percuma di sebuah stesen minyak di Gebeng, di sini.

Menurut Bernama, petrol itu didermakan oleh seorang ahli perniagaan namun tidak mendedahkan nama ahli perniagaan tersebut.

Sebelum ini, foto viral yang memperlihatkan satu notis pengisian minyak percuma itu dimuat naik di media sosial.

Menurut notis tersebut, tempoh masa bagi pengisian itu adalah pada jam 12 - 2 petang bagi sesi tengahhari dan 4 - 6 petang bagi sesi sebelah petang.



Amal bersedekah petrol mula menjadi ikutan di Malaysia selepas seorang pesara membuat program amal jariah dengan menyedekahkan petrol di sebuah stesen minyak di Tikam Batu, Sungai Petani.

Selepas itu, seorang remaja pula tampil menyedekahkan 359 liter kepada pemilik motosikal di sekitar Segamat.

Orang ramai tidak lepaskan peluang isi minyak di Gebeng.


Sumber: Twitter Bernama
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "