Jika ingin melancong atau melawati tempat asing, ramai di antara kita tidak ingin melepaskan peluang untuk merasai bagaimana rasanya berada di negara yang mempunyai iklim empat musim, seperti musim panas, bunga, luruh, dan juga musim sejuk. Ianya akan menjadi pengalaman baru, tatkala berada di negara tersebut apabila tibanya salah satu daripada empat musim tersebut.
Musim-musim ini biasanya dibahagikan kepada 3 bulan untuk setiap musim yang ada, seperti, pada bulan Mac ke Mei, iaitu musim bunga, Jun ke Ogos, musim panas, dan September ke November, untuk musim luruh, serta, bagi bulan Disember ke Februari adalah musim sejuk.
Dan bagi mereka yang merancang untuk melawati negara matahari terbit, iaitu di Jepun, khususnya pada penghujung tahun atau awal tahun, di mana ianya adalah sewaktu musim sejuk, terdapat beberapa perkara yang anda perlu ambil tahu mengenai cuaca sejuk di Jepun. Admin kongsikan penulisan dari saudari Sufi Norhany, akan langkah berjaga-jaga yang anda perlu ketahui bila melawat ke sana dalam musim sejuk. Jom kita lihat apa yang perlu anda ambil tahu.
Menghadapi Winter Di Jepun Untuk Pelancong-Pelancong
Saya tak tau apa beza winter sini dengan tempat lain tapi apa yang saya tahu dari orang lain yang pernah pi winter di negara lain, yang autumn dan winter Jepun kering. Tapi memang kering dan pulak tu berangin bagi sesetengah kawasan. Kalau kawasan salji, masalah kering takde seteruk tempat lain yang tidak bersalji tapi saya nak ingatkan yang musim winter adalah musim banyak masalah penyakit berjangkit kalau di Jepun.
Sepanjang saya duduk di sini, masuk je musim winter, akan ada orang kontek saya pasal anak2 kecil diaorang terutamanya kena influenza. Pelancong sendiri tak tau berapa orang....ada yang last2 tak boleh nak pi mana2 sebab demam anak tak surut... Ada plak....yang anak demam teruk pun pi heret anak sana sini sebab dah datang berjalan...takkan nak terperap di hotel katanya.
So far, alhamdullillah takde jumpa kes yang berat walaupun ada kes2 dimana ada yang kena radang paru2.
Musim winter di sini, kelembapan boleh jatuh sehingga antara 30-40% dan ada sesetengah tempat jatuh sehingga 10%...sedangkan ideal humidity ialah 60% ke atas. Bagi orang Malaysia yang tak biasa dengan masalah kering mcm ni, saya jumpa ramai yang komplen kulit merekah, gatal etc dan krim yang diaorang bawak tak berkesan. Pastu ramai yang kena sakit tekak dan dari sakit tekak, mula dapat demam etc.
Precautions Yang Perlu Diambil:
Di tempat penginapan, boleh mintak pinjam 加湿器, kashitsuki, humidifier. Kalau tempat penginapan takde sediakan, basahkan towel etc dan sidai dalam bilik.
2. Time tido, kalau boleh pakai mask bagi yang ada masalah berdengkur dan hidung tersumbat
Anak2 kecil mudah hidung tersumbat kalau sejuk dan kering. Jadi diaorang akan bernafas ikut mulut dan ini akan menyebabkan tekak mudah kering. Influenza virus dan virus demam selsema lain senang ''lekat'' kat mucosa tekak dan kalau kering, diaorang akan lagi mudah merebak.
Dari saya nye observation, saya sedar yang pelancong atau orang duduk sini yang travel melancong dengan kereta (sama ada sewa atau sendiri) jarang kena tapi yang banyak travel dengan public transport mudah kena. Jadi pada yang travel dengan public transport, elakkan dari rush hour. Pastu jangan overexert, berjalan terlebih2 sehingga penat dan menyebabkan badan penat. Terutama jika ada bawak anak2 kecil, orang2 tua yang tidak berapa sihat dan mak2 mengandung.
Paham anda ingin cuba cover sebanyak tempat yang boleh tapi tiada gunanya kalau overexert pastu sakit. Pastikan cukup rehat dan diingatkan supaya cukup makan makanan berkhasiat...jangan terlalu mengikat perut sehingga sakit plak.
4. Pada sesiapa yang naik AirAsia, dalam kapal terbang AirAsia agak kering
Kadang2 saya tengok, ada yang kena selsema dan sakit tekak masa naik kapal terbang. Kalau tak demam tak per tapi keadaan ni boleh menyebabkan imun sistem lemah jadi sebaik2nya pakai mask (saya for sure kalau naik AirAsia akan sakit tekak kalau tak pakai mask).
Neway, tentang Influenza, ada vaksin boleh diambil....tapi diingatkan ni hanya prevention...bukan buat anda kebal 100% dan bukan bermakna anda takkan kena...mungkin kalau kena tak seteruk orang yang tak amik vaksin yang kena full blown...tapi sebab ada yang kena side effects vaksin ni mcm demam pas amik, saya takde dah galakkan amik. Cuma bagitau je. Nak amik atau tidak terpulang pada anda.
Yang penting;
1. JANGAN BAGI BILIK KERING TERUTAMA TIME TIDO
2. WEAR MASK AT ALL TIME IF POSSIBLE, TERUTAMA ANAK KECIL ATAU MAK AYAH YANG ADA MASALAH KESIHATAN
3. RAJIN BASUH TANGAN DAN RAJIN KUMUR (tuk bagi tekak supaya tak kering)
4. PASTIKAN BANYAK MINUM AIR. MAKE SURE YOU ARE HYDRATED AT ALL TIME. (jangan sebab malas nak pi toilet, tak nak minum sangat)
5. ENOUGH REST, JANGAN BERJALAN DARI AWAL PAGI SAMPAI LARUT MALAM DENGAN ANAK2 KECIL
6. MAKAN MAKANAN BERKHASIAT.
7. AVOID CROWDED PLACES AND RUSH HOUR.
Diharap supaya berjaga2 terutama pada pelancong yang nak bawak anak2 kecil, orang2 tua yang ada masalah kesihatan dan mak2 mengandung. Wassalam. - Siakap Keli