Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Remaja Ini Jadi Viral Kerana Suka Naik Bas & Sanggup Bantu Orang Ramai Jawab Persoalan Mengenai Laluan Bas

25 Nov 2016

Mungkin bagi kebanyakan rakyat Malaysia menaiki bas adalah sesuatu yang old school, tetapi tidak bagi remaja di Johor ini. Malah dia merupakan seorang peminat bas di Johor Bharu!

Nama AdamZikry bin Md Zamran mula mencelah di laman media sosial Facebook dan Twitter apabila posting tentang minat peliknya itu menjadi viral.

"Assalamualaikum dan selamat pagi!

"Nama saya Muhammad AdamZikry Bin Md Zamran, peminat bas di JB. Saya telah menaiki semua bas tambang di JB. 

"Jadi, saya mengetahui SEMUA laluan bas² tambang di JB! Jika anda nk ke mana² menaiki bas tambang tetapi xthu nk naik bas ape, boleh tanya saya di ruang komen! In sya allah saya boleh jawab!  :-)", tulisnya di laman kumpulan Facebook 'KHAS Penduduk Kawasan Skudai'.

Setelah menelusuri Facebook AdamZikry, kami mendapati dia kini baru berusia 15 tahun. Namun di usaha yang begitu muda, dia dilihat sebagai seseorang yang mempunyai passion, biarpun sedikit unik.

Di ruangan komen, rata-rata pengguna internet teruja dengan hobi unik AdamZikry. Di Twitter pula, keratan foto status AdamZikry itu mendapat lebih dari 3,000 retweet sejak ia dimuat naik dua hari lalu.

Kepada yang mahu bertanyakan jalan kepada AdamZikry, boleh cuba PM adik ini di https://www.facebook.com/adam.zikry.7. Tapi terhad kepada laluan bas di JB sahaja.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "