Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penduduk Gempar Jumpa Objek Misteri Berbalut Atas Kubur

23 Nov 2016
smail menunjukkan objek aneh menyerupai 'mayat bayi' dibalut kain kafan yang ditemuinya di tanah perkuburan Masjid Tinggi, Bagan Serai.

Bagan Serai, 23 Nov - Penduduk di Masjid Tinggi di sini gempar apabila menemui satu objek misteri berbalut kain putih di atas salah sebuah kubur di Tanah Perkuburan Masjid Tinggi di sini pagi tadi.

Namun, bungkusan itu dilihat sudah berwarna kekuningan dipercayai akibat terkena tanah.

Menurut Sinar Online, pada mulanya, penemuan objek aneh oleh tiga penggali kubur pada jam 10 pagi tadi itu menimbulkan kebimbangan ianya mayat bayi yang dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Namun semua itu meleset apabila ternyata objek tersebut bukannya bayi.

Sebaliknya, objek itu difahamkan digunakan untuk satu bentuk perbuatan khurafat.

*Sinar Harian akan melaporkan berita ini dengan lebih lanjut pada akhbarnya esok.

Sumber: Sinar Online

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "