Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lakukan 5 Perkara Ini Terlebih Dahulu, Sebelum Buat Keputusan Untuk Menjual Rumah

29 Nov 2016
No Comment

Dalam pelaburan, sudah semestinya akan mempunyai untung dan rugi, ianya bergantung bagaimana anda membuat strategi untuk memastikan pelaburan anda mempunyai peluang yang lebih baik. Jika ada kerugian, atau keuntungan yang sedikit, tidak bermakna anda tidak mampu untuk bangkit semula.

Begitu juga dengan penjualan hartanah, iaitu rumah anda. Mungkin anda sedang membuat penilaian untuk menjual rumah anda, bagi memulakan pelaburan baharu, atau mengurangakan liabiliti anda bagi kegunaan lain. Namun, anda harus ingat, tidak semudah itu untuk menjual rumah, kerana perlu memastikan ianya membawa pulangan yang berbaloi buat anda.

Untuk memastikan anda mengetahui sama ada keputusan untuk menjual rumah akan membawa keuntungan buat anda, atau ianya berbaloi pada anda, terdapat 5 perkara yang anda perlu lakukan terlebih dahulu, menurut saudara Mohd Fadhli Mohd Fauzi ini. Jom kita lihat apa yang harus dilakukan dalam membantu membuat keputusan yang baik.


Pagi ini kawan saya tanya. Katanya rakannya nak jual rumah sebab nak kurangkan komitmen dan nak beli rumah lebih murah dengan untung duit yang ada. Buat masa ini hanya itu sahaja hartanah yang dia ada, tapi sekarang sedang duduk menyewa.

Nak jual rumah kena buat beberapa perkara dahulu sebelum boleh putuskan sama ada berbaloi atau tidak.


1. Semak market value

Ada banyak cara. Dapatkan verbal valuation dengan cara walk in ke bank dan minta bantuan banker tanya panel valuer mereka. Atau kalau ada kawan valuer, tanya terus mereka. Paling cikai, tengokla berapa average harga orang jual rumah yang lebih kurang serupa di kawasan yang sama.

2. Semak full settlement

Pergi ke bank yang bagi loan dan minta statement berapa full settlement, iaitu baki yang perlu dibayar untuk langsaikan hutang


3. Kira keuntungan kasar

Kiralah berapa keuntungan kasar daripada jualan rumah tersebut. Itupun kalau dapat jual pada market value. Contoh market value 300K, full settlement 250K, maka untung kasar 50K. Kalau nak jual rendah daripada market value, contohnya 280K, so untung kasar 30K la. Ok katakan assume untung kasar 50K.

4. RPGT

Kalau rumah tu belum sampai tempoh edah 5 tahun, kena RPGT kecuali guna pengecualian sekali seumur hidup. Katakan rumah tu dah 4 tahun, RPGT 10%, so RPGT kasar ialah 10% daripada 50K = 5K. Ada banyak aspek RPGT yang lain, tapi tak sempat cerita. Assume la RPGT 5K.


5. Untung bersih

So untung separa bersih ialah 50K - 5K = 45K. Lepas tolak kos2 lain contohnya guaman dan repair2 apa yang patut, bolehlah untung 40K. Ini kiraan kasar je tau. Fine detail case by case basis.

Berbaloi ke tak 40K tu? Entah. Bergantung kepada matlamat tuan rumah la. 40K tu boleh je buat bayar deposit sebuah rumah lebih murah atau beberapa rumah lain. Game tak sama. Fikir sendiri berbaloi ke tak.

Ada orang untung 30K pun cukup dah. Ada orang lain untung 300K pun masih tak cukup2. Sukati la, rumah korang, kan.

Jangan pula main letak harga ikut suka, lepas sign S&P baru perasan rupanya harga jual tak cover pun full settlement. Memang yuran pengajaran la. - Siakap Keli

BACA: 19 Tip Untuk Miliki Hartanah Buat Mereka Yang Baru Berjinak-Jinak, Supaya Tidak Tertipu Dan Berdepan Masalah
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "