Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jatuh Katil Ketika Asyik Bermain, 3 Pin Besi Palam Elektrik Tembus Kepala Kanak-Kanak 2 Tahun

10 Nov 2016
No Comment


BEIJING: Keseronokkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun bermain di atas katil dirumahnya telah mengundang tragedi apabila kanak-kanak berkenaan terjatuh, Sabtu lalu.

Apa yang mengerikan, kepala kanak-kanak berkenaan telah terjatuh ke atas palam elektrik yang menyebabkan kepalanya telah ditembusi besi 3 pin palam elektrik berkenaan.

Mangsa yang dihantar ke hospital telah menjalani pembedahan di mana doktor berjaya mengeluarkan palam itu dari kepalanya selepas selepas tiga jam berada di bilik pembedahan.


Menurut laporan portal xkb.com,  dia dikatakan sedang bermain di atas katil kira-kira pukul 11 pagi pada 5 November lalu sebelum hilang kawalan akibat terpijak bola plastik dan terjatuh dari katil.

Gambar X-Ray yang menunjukkan pin palam elektrik menembusi kepala Chen Chen sehingga ke bahagian otak.

Dia bagaimanapun agak kurang bernasib baik kerana kepalanya terjatuh betul-betul di atas palam elektrik berkenaan di bahagian kiri kepala.

Dokor yang melakukan pembedahan berkenaan menyatakan kesemua tiga pin besi palam berkenaan telah menembusi bahagian otak mangsa menyebabkan pihaknya perlu mengambil masa yang lama bagi mengeluarkan objek itu.

Keadaan kanak-kanak itu dilaporkan stabil dan dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh dua minggu lagi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "