Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jamal Cedera di Muka & Hidung Selepas Diserang, Ditumbuk

13 Nov 2016


KUALA LUMPUR, 13 Nov: Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Gerakan Merah Malaysia (GNGOM), Datuk Seri Jamal Md Yunos cedera di muka dan hidung selepas didakwa diserang dan ditumbuk dalam kejadian dekat sebuah pasar raya di Amping hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, Jamal bersama 150 pengikutnya dikatakan bertembung dengan kumpulan yang memakai baju kuning dipercayai Bersih.

Kekecohan dipercayai mula berlaku apabila kedua-dua kumpulan itu bertembung sebelum Jamal diserang dan ditumbuk individu tidak dikenali.

Akibat serangan itu, Jamal cedera di muka dan hidungnya berdarah sebelum kekecohan itu dileraikan beberapa anggota polis yang berada di tempat kejadian.

Jamal kemudiannya membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Ampang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff ketika dihubungi BH mengesahkan kejadian dan berkata pihaknya sedang menyiasat kes terbabit.

Sumber: BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "