Perbezaan yang jelas antara ibadah haji dan umrah adalah, ibadah haji itu hanya boleh dikerjakan dalam bulan-bulan haji sahaja iaitu mulai daripada 1 Syawal hingga naik fajar hari 10 Zulhijjah. Manakala umrah pula boleh dikerjakan pada bila-bila masa sepanjang tahun kecuali bagi orang yang dalam ihram haji. Dalam ibadah umrah tidak ada amalan wukuf, mabit di Muzdalifah dan Mina serta melontar di Jamrah.
Selain daripada Tabung Haji, terdapat banyak ejen atau syarikat lain yang menawarkan pakej untuk mengerjakan haji dan umrah. Dalam membuat pemilihan, sudah semestinya anda menginginkan pakej yang bersesuaian dan mengikut syarak. Untuk itu, admin kongsikan, akan tip yang boleh digunakan dalam membuat pemilihan tentang pakej haji dan umrah. Mari kita lihat perkongsian dari saudara Meor Abdullah ini.
Dalam pakej umrah dan haji semua orang mengimpikan harga pakej yang murah, dekat dan selesa.Hakikatnya itu tidak berlaku. Di ruangan ini ingin di kongsikan beberapa tips dalam pemilihan pakej.
1) Tiket
a. Murah
Jangan hanya melihat pakej itu murah maka ia terus menjadi pilihan. Jika pakej itu murah pasti ada beberapa ciri-ciri seperti berikut;
- Flight dari airline yang murah & transit. Antaranya ialah PIA, BIMAN AIR, OMAN. Ada flight yang murah tetapi 'class' seperti ITTIHAD, Eimarat,Brunei& Singapore Airline tetapi masa transit memakan masa yang lama atau behenti transit beberapa kali. Ini menjadikan masa perjalanan itu lama dan memenatkan bagi sesetengah jemaah.
- Carter Flight. Flight jenis ini akan membawa kesemua penumpangnya yang buat umrah atau haji untuk satu penerbangan seperti MAS, SaudiAirline, AirAsia, Flynas dan beberapa lagi. Kebarangkalian untuk delay itu ada malah mana2 airline boleh terkena delay tetapi dengan carter flight peratusan itu tinggi. Kelebihannya ia flight yang direct dan murah. Kerusi dan kedudukan tempat duduk sederhana selesa.
b. Mahal
Flight Saudi & MAS yang bukan carter flight. Tiket murah boleh juga jadi mahal bila ia di beli lewat atau 'class' yang tidak sama walau dalam flight yang sama ada tiket harga murah kerana berbeza class. Tiket juga mahal pada pick season iaitu pada cuti sekolah.
2) Hotel & Makan
Jarak dekat dan jauh memainkan peranan yang utama. Manakala samada makan di hotel atau tidak juga penyebab sesuatu harga pakej menjadi mahal dan murah.
Kadang menu makanan yang di sediakan oleh katering tidak sama. Ada yang murah hanya 2 mata lauk. Ada yang mahal 3,4 & 5 mata lauk. Buah2 atau manisan di hidang atau tidak. Pelbagai jenis air dan pilihan makanan yang lain selain menu utama.
3) Bilangan Hari
Secara umum jemaah akan tinggal di Madinah 3 hari dan Mekah 7 hari. Ada juga travel yang singkatkan di Mekah 5 hari. Dari situ pakej akan menjadi murah atau di kurangkan hari di Madinah.
4) Jarak Hotel
Umumnya hotel dekat harga mahal. Hotel jauh harga murah.
5) Ziarah
Ada ziarah sekali di Mekah dan Madinah. Ada 2 kali di Mekah dan Madinah. Ada yang menambah mengikut kesesuaian.
6) Bas
Ada bas yang baru dan mahal. Bas lama dan murah. Bas yang nampak sama dari luar tapi di dalam jumlah kerusi kurang menjadikan bas itu VIP dan lebih mahal.
Bila murah maka kena bersedia jika kerusi rosak. Keadaan dalam bas tidak selesa dan lain2 lagi. Ada juga bas mahal tapi bermasalah dan bas murah takde masalah namun kebiasaan yang lama akan ada masalah.
7) Mutawwif
Ada perbezaan pada doktor pakar dan doktor biasa. Dua2 doktor tapi yang mahir dan berpengalaman yang membezakan gaji mereka. Begitu juga Mutawwif. Ada juga Mutawwif yang berkemahiran dan berpengalaman di bayar tinggi dan ada yang sama seperti Mutawwif yang baru. Ia pasti ada perbezaan seperti doktor pakar tadi. Apa pun itu adalah mengikut persetujuan antara Mutawwif dengan travel yang mereka kendalikan.
8) Perkhidmatan
Perkhidmatan yang di berikan oleh travel ada pelbagai. Ada setengahnya membuat module, memberi 'special service' yang lain dari travel yang biasa yang manfaat kepada jemaah mereka.
* Jadi untuk menilai sesuatu pakej itu mahal dan murah perlu pada kayu ukur sepertimana yang telah di sebutkan.
* Ada yang tinggal di hotel yang sama dan berlainan pakej. Mereka bertemu dan soalan yang paling kerap di tanya atau bertemu di Masjid sambil2 Iktikaf dan menunggu waktu solat mereka akan bertemu sapa dengan soalan yang femes,
Sampai bila?
Datang travel mana?
Berapa harga?
* Lalu apabila pakej mereka berbeza harga ada yang merungut & tidak puas hati. Jemaah umrah tidak tahu untuk bertanya 'datang dengan flight apa? beli bila? Berapa hari di Mekah dan Madinah? Faktor bilangan hari ada yang kurang dari kebiasaan seperti 3 hari di Madinah dan 7 hari di Mekah untuk umrah dan lain2 perkara yang menyebabkan sesuatu pakej itu berbeza2 harga.
Tidak mengapa untuk pergi umrah dengan sesiapa pun yang penting orang ramai tahu dan berpengetahuan dalam menilai harga dan pakej umrah. Terlalu ramai dan terus ramai mereka yang tertipu dengan pakej yang indah khabar dari rupa.
Moga sedikit usaha, ilmu dan pengalaman yang di kongsi ini dapat di sebar luas kepada umum dan di kira sebagai amal kebajikan di sisi Allah swt. – Siakap Keli