Huawei baru-baru ini melancarkan phablet terbaru mereka, Phablet Huawei M3. Phablet ini dikhususkan untuk memenuhi keperluan setiap lapisan peringkat umur.
Atau lebih tepat, tablet yang siap sedia digunakan untuk seluruh ahli keluarga.
Jadi, apa kelebihan Phablet Huawei M3? Ini pecahan-pecahannya mengikut peringkat umur.
Ayah – Kerja Tanpa Risau Dengan Bateri 5100mAh
Bagi seorang bapa, masa adalah sesuatu yang sangat berharga. Jadi, golongan bapa tidak mempunyai masa untuk dibazir, apatah lagi apabila sedang membuat kerja dan tiba-tiba tablet terpadam kerana kehabisan bateri. Terpaksalah cucuk di plug untuk dicas semula.
Sebagai phablet yang memahami keperluan seisi keluarga, Huawei M3 dipasang dengan bateri berkapasiti 5100mAh.
Kebiasaannya, tablet dan telefon pintar hanya dipasang dengan bateri berkapasiti 2,000mAh – 4,000mAh sahaja tetapi Huawei M3 tampil dengan kapasiti bateri luar biasa ini bagi membolehkan pengguna lebih fokus kepada kerja, bukannya bar bateri telefon.
Ibu – Nikmati Skrin 2K dengan Sistem Bunyi Mewah Harman Kordon
Kepada para ibu yang suka menonton drama atau filem di gajet mudah alih, Huawei M3 ada sesuatu yang menarik untuk dipersembahkan, sistem bunyi mewah dari dwi-speaker Harman Kardon, syarikat yang sama menguasakan sistem bunyi bagi kereta mewah termasuk Audi, BMW, Land Rover, Mercedes-Benz, MG Rover, Volvo dan banyak lagi.
Selain itu, Huawei M3 juga didatangkan dengan skrin beresolusi 2K yang akan menyampaikan gambar yang jelas dan nyata.
Anak-Anak – Bermain & Belajar Tanpa Had Dengan Cip 8 Teras Kirin 950 + RAM 4GB
Huawei M3 didatangkan dengan cip pemprosesan Kirin 950 – cip pemprosesan lapan teras yang mana empat darinya boleh menjana 1.8GHz dan empat lagi boleh menjana 2.3GHz. Lebih dari cukup untuk menguasakan permainan-permainan moden yang terdapat di Play Store.
Dengan kombinasi RAM 4GB, untuk memastikan penggunaan applikasi yang lancar walaupun pelbagai applikasi lain dibuka pada masa yang masa. Ia juga dapat menyokong SD Kad tambahan sehingga 128GB ROM, pasti tiada lagi rungutan dari kanak-kanak yang suka meluangkan masa bermain dan belajar menggunakan peranti digital.
Datuk/Nenek – Aplikasi Untuk Tambah Ilmu
Bagi golongan emas pula, Huawei akan menyediakan aplikasi-aplikasi khusus untuk mereka termasuklah aplikasi-aplikasi ilmiah dan juga bahan-bahan bacaan menarik.
Skrin besar resolusi 2K Huawei M3 juga akan memberikan visual yang jelas, lebih-lebih lagi buat golongan yang mempunyai masalah penglihatan.
Bonus Selepas Jualan
Tapi Huawei M3 tidak berhenti setakat itu sahaja. Huawei turut menawarkan servis selepas jualan kepada pelanggan phablet ini.
Sebagai bonus, pengguna Huawei M3 akan diberikan perlindungan tukaran 1 – 1 selama 12 bulan jika phablet itu mengalami kerosakan pembuatan (kilang)*.
Selain itu, pengguna juga akan menerima servis pembersihan dari Huawei secara percuma sebanyak dua kali dalam masa 12 bulan selepas phablet itu dibeli.
Huawei M3 merupakan phablet yang boleh memenuhi setiap kehendak lapisan peringkat umur. Dari kanak-kanak sehingga kepada golongan emas. Kepada yang ingin membeli satu phablet umum untuk diletakkan di rumah, Huawei M3 pilihan yang tepat.
Namun menurut Huawei, produk terbaru mereka itu kini kehabisan stok kerana terlalu banyak permintaan dari umum dan pihaknya akan menambah stok semula pada pertengahan November.
Jadi pembeli perlu menunggu Huawei M3 di stok semula atau menggunakan khidmat notify me menerusi laman web www.vmall.my untuk mendapatkan update terkini tentang stok Huawei M3.
Selain di kedai-kedai penjualan gajet, Huawei M3 juga boleh didapati di www.vmall.my bermula pada harga RM 1,699 (Silver 32GB ROM) & RM1999 (Gold 64GB ROM).