Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Foto) Jam ini Menjadi Jam Tangan Paling Mahal Pernah Dilelong Apabila Terjual Pada Harga RM48.4 Juta

17 Nov 2016

GENEVA - SWITZERLAND - Seutas jam tangn Patek Philippe Reference 1518 menjadi jam tangan paling mahal pernah dilelong dengan harga RM48.8 juta.

Harga jam itu ditetapkan dalam masa 13 minit selepas lelongan dimulakan di lelongan jam Philips in Association with Bacs & Russo, Geneva.

CNN berkata, ada 8 pihak yang berminat untuk membeli jam itu pada awal lelongan.

"Mereka berlawan harga sehinggalah harga mencecah nilai tertinggi dan tinggal dua pihak bertarung harga," kata pengurus lelongan, Sam Hines.

Difahamkan, jam itu menjadi rebutan kerana hanya terdapat empat sahaja jam tersebut yang wujud dengan sempurna di dunia.

Jam itu telah dihasilkan pada 1943 dan mengandungi pelbagia fungsi antaranya fungsi fasa bulan, tanda waktu arab dan metertachy yang mampu mengukur kelajuan dan jarak.

Sebelum ini, rekod jam termahal pernah dilelong dipegang oleh jenama sama tetapi model yang berlainan iaitu Patek Philippe Reference 5016 pada harga RM32.1 juta.

Dalam dunia jam tangan, produk buatan Patek Philippe dianggap sama taraf dengan sebuah Rolls-Royce.






Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. pakai jam mahal2 x salah yg jd 'salah' pakai jam mahal tp x tepati waktu cm ne tu?

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "