Setiap kehidupan manusia di dunia ini, ada kaya ada miskin, tetapi ada yang miskin dilihat kehidupan mereka lebih bahagia daripada orang lain.
Lahir daripada keluarga miskin bukanlah satu sebab untuk kita berasa malu, bahkan kehidupan yang mencabar itu ambillah sebagai semangat untuk berjaya dalam kehidupan dan jika sempat dapat menyenangkan ibu dan ayah kita.
Seorang lelaki bernama Muhammad Nasrul berkongsikan kisah hidupnya di mana dia dilahirkan dalam keluarga kurang berkempuan, namun ia bukanlah satu penghalang untuk dia kini bergelar seorang jutawan.
Menurutnya, semasa kecil beliau malu dengan pekerjaan mak dan ayahnya, tapi disebalik kesusahan itu sebenarnya ada satu hikmah yang cukup besar untuk beliau berjaya, jom baca.
Saya hanya manusia biasa, bukan anak orang kaya. Allahyarham ayah bekas pemandu teksi, mak pulak kerja kerani kilang. Memang income keluarga kami kecik, duduk rumah flat 2 bilik tidur 1 bilik air. Harga asal RM35,000 itu pun dapat bayar setelah lebih 20 tahun lamanya.
Dulu saya malu bila Allahyarham ayah bawak teksi, selalu saya suruh berhentikan kereta waktu darjah 4 lagi parking jauh-jauh. Sebab kawan-kawan ibu bapa mereka semua gaji besar-besar. Ada yg RM4000 sebulan, ada yg RM5000 sebulan dan zaman itu sangat besar nilainya.
Sehingga saya sekolah menegah saya masih malu dgn pekerjaan ayah sebab ada kawan-kawan yg menghina pekerjaan ayah. Masa tu tengah hangat lagu "Teksi Bombay" Jadi sayalah jadi mangsa. Tidak mengapalah, dah nasib.
Tapi macam mana sekalipun, mak dengan ayah tak pernah tak cukup bagi kami makan. Walaupun pernah sekali saya check wallet mak ada 3 ringgit. Wallet allahyarham ayah ada 1 ringgit. Tetap esoknya mereka tetap bagi saya duit belanja drpd poket mereka sendiri tanpa minta pada orang lain. Semuanya cukup, Alhamdulillah cukup sangat. Tidak pernah lapar.
Pernah sekali saya lihat wajah ayah yang sedang tertunduk malu bila mana ayah bukak dompet buruk ayah hanya tinggal kertas-kertas lama yang usang tertulis pendapatan tiap-tiap bulan ayah. RM700 sebulan, RM865 sebulan ada sekali tu saya lihat paling tinggi pun RM900 sebulan. Waktu itu saya tengah last exam SPM.
Allahyarham ayah meninggal pada 11 Julai 2011. 7 hari selepas hari jadi saya 4 Julai. Ayah pergi meninggalkan kami tanpa sebarang sakit dan sebagainya. Tapi ayah pergi tinggalkan pesanan kepada saya,
"Nasrul, kamu kena jaga mak, jaga mak kamu tu. Ayah tak apa, mak kamu yg paling penting. Ayah tak makan pun tak apa, kalau ayah sakit kamu tak datang jenguk ayah pun tak apa. Janji kamu jaga mak kamu".
Alhamdulillah, hari ini Allah beri nikmat pada saya untuk jaga mak. Lepas allahyarham ayah pergi, saya tinggal dengan mak sampai sekarang. Dan saya yakin, kerana doa emak lah saya berjaya sehingga hari ini. Saya tahu ramai org pandang rendah dgn kedudukan keluarga kami, tapi mak tak pernah sakitkan hati orang, mak tak pernah ambil hati dgn apa yg org tohmah terhadap keluarga kami.
Akhirnya Allah perkenankan doa mak waktu ketika saya berumur 25 tahun. Waktu tu sedar tak sedar saya berniaga sehingga terkumpul 1.2 juta dalam masa 10 bulan tahun 2014. Modal time tu pinjam duit mak nak pergi haji, RM350 tapi dah beribu saya habiskan buat niaga banyak yg tak jadi. Buat-buat tak jadi. RM350 tu sahaja last yang tinggal. Tawakal jelah pada Allah. Waktu tu saya dgn mak asalnya jual nasi lemak berhadapan hospital tentera dkt wangsa maju. Cuma tak ada pengalaman lagi lah kena halau sebab tak mohon lesen.
Bila orang tanya saya macam mana saya buat? Saya sampai sekarang tak tahu mcm mana saya nak explain. Tapi saya ada satu nasihat buat semua, bila kita buat sesuatu perkara:
"Niatkan untuk Allah & Rasul, sbb setiap perkara yg kita niatkan kerana Allah & Rasul perkara itu tidak akan tertolak. Walaupun kita tak kaya di dunia, tapi akhirat itu tetap jadi jutawan. Bersangka baik kepada Allah SWT adalah kunci kejayaan. Jangan kita sangka buruk, memang berniaga ni bukan mudah, tapi disebabkan sangka baik kepada Allah SWT menjadi teman dalam perjalanan hidup kita".
Yang paling penting nak berniaga kena ada ilmu, mana mungkin orang yang jahil lebih mulia atau bagus daripada orang yang punyai ilmu, tak semestinya belajar dgn orang kaya je kalau nak jadi kaya. Belajar dengan para ulama' itu lebih baik dan lebih bermakna , sebab bukan sahaja kita boleh kaya di dunia, tetapi yang paling penting kita akan jadi kaya dan berjaya di akhirat. Yang paling penting jutawan akhirat. Bukan dunia semata-mata.
"Letakanlah Rasulullah SAW di dalam Istana dan 'Arasy Hati Kita".
InsyaAllah kita pasti dapat bantuan Allah SWT. Mohon doakan kejayaan saya dan rakan-rakan di sini. Niat kita untuk jihad ekonomi umat Islam.
Sebabnya
"tidak akan tertegak dakwah Nabi SAW sekiranya para sahabat termasuk isteri Nabi SAW iaitu Saiydatina Khadijah tidak mengorbankan harta mereka yg berjuta-juta jika dikira zaman itu kepada jalan Islam".
Maka tidak akan sampai Islam sehingga hari ini. Wallahualam.
Kredit: Muhammad Nasrul
- Siakapkeli.my