Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Denda Saman AES Ditetapkan Kepada RM150 Bagi Setiap Kesalahan - Liow Tiong Lai

15 Nov 2016


KUALA LUMPUR, 15 Nov: Denda bagi setiap kesalahan melanggar kelajuan yang dihadkan oleh Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditetapkan pada kadar RM150 bagi setiap kesalah, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Kadar itu diletak berdasarkan keputusan Kabinet yang mana mengurangkan kadar saman itu sebanyak separuh berbanding RM300 yang dikuatkuasakan sebelum ini.

Beliau juga turut menafikan ura-ura yang mengatakan kerajaan akan menghapuskan kira-kira 1.5 juta sama AES yang dikeluarkan sejak sistem itu beroperasi pada tahun 2012.

"Kami tidak akan menghapuskan saman tersebut. Mereka (pesalah trafik) perlu membayarnya.

"Kini denda ditetapkan kepada RM150 dan mulai sekarang kadar yang sama akan dikenakan kepada pesalah," kata sebagaimana lapor mStar Online.

Sistem AES diintegrasi dengan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang menggabungkan kamera dengan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara).

Pesalah trafik yang gagal membayar saman tersebut akan disenaraihitam dan tidak dibenarkan memperbaharui lesen memandu.

Sumber: mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "