Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Berang Dihalang Masuk Kawasan Perumahan, Pengawal Keselamatan Diserang Lelaki Dipercayai Guna Senjata Tajam

29 Nov 2016
No Comment

Sejak pagi tersebar dua buah video yang menjadi bualan ramai di mana video berkenaan menunjukkan seorang lelaki bertindak kurang ajar menolak dan menyerang seorang pengawal keselamatan dengan senjata dipercayai parang di Bandar Botanic, Klang, Selangor.

Lelaki berkenaan dikatakan bertindak sedemikian selepas tidak berpuas hati kerana dia dilarang untuk memasuki kawasan perumahan tersebut.

Berdasarkan video yang dimuatnaik oleh page 我们是马来西亚人 We are Malaysians, menunjukkan kereta lelaki itu telah dihalang menyebabkan dia berang keluar dari kereta.

Dilihat dia memarahi pengawal berkenaan sebelum bertindak menolak mangsa menyebabkan mangsa cuba melarikan diri pergi kebelakang kereta, namun lelaki itu terus tidak berpuas hati dan memukul mangsa.


Keadaan lebih parah dalam video kedua apabila dilihat 2 orang lelaki yang ada di dalam kereta turut keluar campur tangan, lelaki tadi dilihat makin tidak berpuas hati menyebabkan dia bertindak berlari masuk ke dalam kereta mengambil senjata dipercayai parang dan menyerang mangsa.

Menurut page berkenaan, selepas mengecederakan pengawal keselamatan berkenaan, suspek terus melarikan diri. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "