Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

15 Tip Pencegahan Jenayah Pecah Rumah, Yang Boleh Dijadikan Panduan Jika Meninggalkan Rumah Tanpa Penghuni

27 Nov 2016
No Comment

Pada hujung minggu, atau di waktu cuti panjang, sudah semestinya anda mempunyai perancangan untuk pergi bercuti, sama ada pulang ke kampung halaman, mahu pun melancong ke pusat peranginan. Inilah masanya untuk bersama seisi keluarga, dikala semua dapat berkumpul sekali.

Disebabkan itu juga, anda akan meninggalkan rumah dalam jangka masa yang sangat panjang, dan ia sedikit menggusarkan, kerana khuatir berlaku apa-apa insiden tidak diingini sewaktu ketiadaan anda di rumah. Anda mungkin boleh sahaja untuk memberitahu jiran, untuk tengokkan rumah anda, tetapi, dari segi persediaan anda pula, apa yang anda boleh lakukan?

Mungkinkah, ada cara lain yang boleh dilakukan juga, untuk memastikan rumah anda tidak menjadi sasaran buat penjenayah. Berdasarkan perkongsian dari laman rasmi Polis KL, admin kongsikan 15 tip yang anda boleh lakukan, demi mengelakkan jenayah pecah rumah. Jom kita teliti, satu persatu.


TIPS PENCEGAHAN JENAYAH PECAH RUMAH DARI JABATAN SIASATAN JENAYAH KUALA LUMPUR

#JomlikefbPolisKL #JSJ

Jenayah pecah rumah banyak berlaku ketika penghuni tiada di rumah, tiada jiran atau akibat kecuaian penghuni rumah seperti terlupa mengunci pintu. Peningkatan Jenayah Pecah Rumah sering meningkat terutama musim perayaan. Kali ini Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur akan kongsikan pula mengenai tips pencegahan jenayah pecah rumah. 

Berikut adalah beberapa tips pencegahan jenayah pecah rumah:

1. Kunci pintu dan tingkap

Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.

2. Jangan tinggal kunci

Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.

3. Jangan maklumkan anda tiada di rumah

Jangan tinggalkan nota atau kemaskini status laman sosial anda dengan mengatakan anda tiada di rumah.


4. Hentikan pesanan surat khabar

Hentikan penghantaran surat khabar apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.

5. Tukar kunci baru

Pasang semula mangga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.

6. Elak memberi kunci rumah

 Elakkan memberi kunci rumah kepada orang lain termasuklah kontraktor.

7. Jangan tinggal barang kemas dan wang tunai 

Simpan wang tunai anda di bank dan barang kemas di peti simpanan keselamatan.

8. Pasang lampu timer

Pasang lampu dengan timer di dalam dan luar rumah bagi mewujudkan suasana rumah berpenghuni.


9. Matikan telefon

Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering ketika anda tiada di rumah. Elakkan memasang sistem pesanan suara yang mengatakan anda tiada di rumah.

10. Sertai program kejiranan

Khususnya program bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis.

11. Minta bantuan jiran

Minta bantuan jiran menjaga rumah sepanjang ketiadaan anda dan mengambilsurat dalam peti surat.


12. Keselamatan rumah

Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti. Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.

13.  Pasang alat keselamatan

Pasang sistem penggera dan ‘CCTV’ di rumah anda.

14. Simpan peralatan

Pastikan tangga dan peralatan bertukang atau berkebun disimpan dalam stor agar ianya tidak digunakan oleh penceroboh untuk memecah masuk ke rumah anda.


15. Kemaskan luar rumah

Pastikan tiada pokok di sekitar rumah anda yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah. Bersihkan juga lalang dan semak-samun di luar rumah anda.

Semoga perkongsian tips pencegahan jenayah pecah rumah ini menjadi panduan berguna untuk anda yang akan meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung atau pergi bercuti. Ingatlah bahawa jenayah berlaku apabila adanya peluang. - Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "