Selain minyak cap kapak, VapoRub juga merupakan salah satu pilihan mudah yang dibawa bersama apabila keluar, dan ianya akan sentiasa berada bersama, di dalam beg.
Tidak dapat dinafikan, aroma atau kehangatan dari VapoRub membuatkan kita berasa selesa dan mampu mengurangkan sakit yang ada. Admin ingin kongsikan, 11 kegunaan Vapor Rub yang anda boleh gunakan dalam kehidupan seharian, jom kita tengok, perkongsian dari laman Tip Hero.
11 Cara Unik Dalam Menggunakan VapoRub
Vicks VapoRub telah wujud selama lebih satu abad dan menjadi kegunaan di setiap rumah. Ianya seringkali digunakan untuk mengindari demam, selesema, pada awal abad ke-20 lagi. Selepas dibeli oleh Proctor & Gamble (P&G) pada tahun 80-an, Vicks telah digunakan secara global.
Dibuat dengan gabungan menthol, camphor, dan bahan-bahan lain seperti minyak thyme, kayu putih, dan buah pala, ia adalah ubat penawar yang menyejukkan dan melegakan pada masa yang sama. Bahan-bahan yang digunakan pula, mempunyai kelebihan tertentu termasuk melegakan kesakitan, mengurangkan gatal, anti-kulat, meningkatkan peredaran, dan merawat jerawat.
Mari kita lihat senarai di bawah, beberapa cara bijak kegunaan Vicks, yang digunakan oleh orang ramai dalam kehidupan seharian mereka.
1. Meredakan Jerawat
Mempunyai jerawat besar sudah semestinya saat yang tidak diingini. Dengan menggunakan VapoRub yang mempunyai bahan seakan ciri-ciri antiseptik dan penyembuhan kulit, ia mampu meredakan jerawat dengan baik. Anda hanya menyapukan sedikit pada jerawat, dan ia akan kering, serta menghilang.
Jika anda mempunyai sakit kepala yang disebabkan selesema, menyedut wap boleh membantu membuka rongga-rongga yang tersumbat. Anda juga boleh menyapukan Vicks di bawah hidung.
Apa yang anda perlu lakukan adalah sapu sedikit Vicks di bawah hidung. Satu lagi kaedah untuk sakit kepala yang bukan disebabkan oleh sinus adalah dengan gosokkan sejumlah kecil ke bahagian kulit, berdekatan sisi kepala. Ia dianggap melegakan tekanan pada bahagian kepala anda.
Terdapat banyak sebatian dalam Vicks adalah anti-kulat dan boleh berfungsi terhadap pertumbuhan kulat pada bahagian kuku anda. Ratakan VapoRub di jari kaki dan kuku anda dengan menggunakan kapas, dan sarungkan stokin ketika tidur dalam membantu proses tersebut.
4. Stretch Marks / Selulit
Mungkin ada yang tidak percaya, namun anda boleh sahaja terus sapukan VapoRub ke bahagian yang terjejas. Ianya boleh digunakan sebagai losyen sementara, bagi menghilangkan selulit tersebut.
Anda boleh gunakan VapoRub untuk melegakan rasa kegatalan akibat digigit nyamuk, atau serangga lain. Sapukan sahaja di bahagian badan anda, kerana VapoRub boleh digunakan untuk menghindar serangga dari mendekati anda.
Kaki anda kering dan mula untuk 'bersisik', sapukan VapoRub di bahagian yang terjejas, khususnya pada bahagian yang sudah mula untuk merekah, seperti tumit kaki. Gunakan stokin kapas, dan biarkan selama semalaman, cuci pada keesokkan pagi dengan air suam.
7. Loya
Dengan aroma mint yang terdapat pada VapoRub ini, ianya boleh digunakan untuk mengurangkan rasa loya. Sapukan pada bahagian bawah hidung anda, dan aroma mint yang dihidu boleh membuatkan anda rasa selesa. Pudina atau menthol yang ada, melegakan rasa loya dalam perut anda.
8. Melecur
Aduh! Ia agak menyakitkan apabila anda tersentuh besi panas dengan tidak sengaja atau stim yang keluar dari periuk yang menggelegak. Luka kecil boleh dilegakan dengan VapoRub. Camphor dan bahan-bahan lain yang ada dalam Vicks, mempunyai kelebihan untuk merawat luka melecur, dan mengurangkan rasa sakit pada bahagian yang terkesan.
Jangan tidak percaya, Vicks juga mampu untuk mengurangkan bunyi yang tidak menyenangkan setiap kali anda buka, atau menutup pintu. Mungkin anda tidak menjumpai minyak yang sesuai atau WD40, hanya sapukan sedikit pada engsel pintu, dan lihat hasilnya.
10. Wap Mandian
Boleh sahaja jadikan Vicks sebagai wap yang menyenangkan. Anda boleh sahaja letakkan VapoRub di bahagian bawah lantai, atau tub mandi, dan biarkan air panas dari pancuran mengenainya, anda akan dapat menghidu haruman dari VapoRub, ia dapat membantu untuk melegakan rasa sesak atau tidak selesa untuk bernafas.
11. Lebam
Ianya adalah kegunaan yang telah lama dipraktikkan, sejak dari tahun 1920-an lagi. Camphor dan menthol yang terkandung dalam VapoRub dalam membantu dalam peredaran darah pada kawasan lebam untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Gosok pada bahagian lebam, dan biarkan VapoRub membantu untuk mengurangkannya.
Harus diingat, anda juga perlu mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar perubatan terlebih dahulu jika ingin menggunakan kaedah ini, ianya perlu bagi memastikan anda sesuai atau tidak dalam menggunakan cara ini. Ingat, utamakan kesihatan anda terlebih dahulu. - Siakap Keli