Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Siapa Sangka Dengan Hanya Berbekalkan RM845, Sudah Boleh Ke Perth, Australia Selama 5 Hari 4 Malam

11 Okt 2016
One Comment

Tidak dapat dinafikan, perancangan awal sebelum memulakan perjalanan, atau percutian sangat penting, ianya bagi memastikan mendapat harga yang terbaik untuk semua, dari segi penginapan dan juga pengangkutan. Tetapi, bagi yang sukakan cabaran, persiapan pada saat-saat akhir mungkin sahaja memberi lebih banyak keseronokan.

Jom kita tengok, bagaimana persiapan dalam masa sminggu, boleh membawa kita bercuti ke Perth, Australia, selama 5 Hari 4 Malam, dan dengan bajet yang sangat rendah. Bagaimana hendak lakukannnya, saudari Huda Hamid ada itinerary nya, mai kita usha sikit.


Trip Ke Perth 5H 4M Hanya RM845

Hi semua. Ramai yang PM saya dan bertanya tentang itinerary bercuti di Perth & tidak menyewa kereta untuk percutian 5 hari dan 4 malam.

Biasanya orang pergi Perth selalu sewa kereta tapi kami lagi suka pilih public transport. (Nak save budget punya pasal) Last minit punya plan, seminggu dari tarikh pergi, so kami redah je.

Kami pergi Perth dari 21/8/16 - 25/8/16
(2 Dewasa & 1 bayi)
Tinggal dekat CITY WATER LODGE (Apartment)


Budget:
1- Visa : RM20 seorang, boleh buat dekat KLIA -Balai Perlepasan (Departure Hall) KAUNTER D
2- City Water Lodge : RM 940- seorang dalam RM470. Bilik kami ade satu single bed dan satu queen bed.
3- Simcard Optus : AUD 10 = rm31 (5hari) Lepas je dari pemeriksaan kastam dekat Perth Airport, boleh terus beli dekat luar.
4- Bus / Train : AUD 28 = RM87 sorang
5- Caversham : AUD 27 = RM84 sorang
6- Kailis Fish & Chip : AUD 16.90 = rm53
7- Groceries : RM100- Masak sendiri. Sebab dekat Apartment boleh masak.✌🏼️

Jumlah:- RM 845


DAY 1

⁃ Hello Perth ! Perjalanan 5 jam lebih. Suhu around 17'Celcius- (Pergi time musim sejuk)
⁃ Dari Perth Terminal 1 nak ke Apartment (dekat Perth City/CBD) boleh naik bus nombor 380. Time naik tu boleh cakap dekat pemandu bas nak turun dekat Novotel Hotel (landmark) sebab City Water Apartment terletak belakang Hotel Novotel. Tiket bus AUD 4.60 (seorang).
⁃ Sampai apartment & check in, rehat kejap kemudian pergi jalan2 area Bell Tower. Dalam masa 12 minit jalan kaki.


DAY 2 ( FREMANTLE)

⁃ Dari Apartment, Jalan kaki ke bus stop hanya 5 minit (bus stop terletak depan Hotel Novotel)
⁃ Naik bus no 111 / 103 / 158 terus ke Fremantle (bus setiap 5min sampai). Perjalanan lebih kurang dalam sejam. Tiket bas AUD 4.60 (seorang) sebab Fremantle luar dari bandar (zone 2).
Lunch dekat Kailis Fish & Chips(HALAL). Kalau sampai kat Fremantle ni memang tak sah kalau tak rasa Fish & Chips! Memang rasa segar, sebab kawasan Fremantle terletak di tepi laut. Harga Fish & Chips AUD 16.90.
⁃ Di Fremantle ada market setiap hari Jumaat, Sabtu & Ahad. Salah satu market yg paling murah & meriah untuk beli souvenir di "E Shed" dekat dengan Train Station Fremantle.
⁃ Alang2 train station dah dekat (jalan around 9minit), kami balik naik train & stop dekat Perth Station. Tiket AUD 4.60 (seorang) (zone 2).
⁃ Dari Perth Station,dekat Jamie Oliver Restaurant. Kami singgah bergambar kat depan restaurant. Then kami singgah Coles supermarket beli barang dapur untuk masak makan malam (al maklumlah, nasib baik bawak mr.chef).
⁃ Masa nak balik, jalan kaki sampai ke jalan St George Terrace & bas akan berhenti depan novotel hotel.


DAY 3 (Caversham Wildlife Park)

⁃ Kalau pergi Aussie,mesti nak tengok kangaroo. So, sebelum nak ke Perth ni kami dah survey tempat Wildlife Park, Caversham. Dekat sini bolehlah nak bergambar dengan haiwan ke, nak bagi kangaroo makan ke, (ikut suka anda). Ada jadual masa yang Wildlife Park sediakan.
⁃ Dari Perth Station, beli tiket (zone 2) AUD 4.60 & pergi ke Midland Line, berhenti dekat Bassendean Station (perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit).
⁃ Bila turun je dari train, boleh naik bus no 955 @ 956 & cakap dekat pemandu bas, nak pergi ke Whiteman Park. Tiket boleh pakai tiket train tadi (sebab satu tiket boleh pakai dalam masa 2 jam dari tarikh beli). Jimat kannn.
⁃ Sampai Whiteman Park, dekat entrance ada satu pondok untuk call shuttle bus ke Caversham Wildlife Park (free). Nak jalan pon boleh tapi jalan around 2km. Last shuttle bus 4pm.
Enterance fee AUD 27 untuk dewasa.Buka setiap hari (kecuali krismas) dari 9pagi-5.30ptg.


⁃ Macam2 aktiviti dan show ada:

1-Tangkap gambar dgn Koala
Time :9pg - 9.30pg / 11.30pg-12tghari / 2.30ptg-3ptg / 4ptg-4.30ptg

2-Farm Show tengok sheep shearing(cukur bulu kambing), susukan lembu, susukan kambing)
Time :10pg / 1ptg / 3ptg

3-Meet the Wombat & friends
Time : 11pg /2ptg / 3.45ptg

4-Penguin feeding
Time : 12tghari / 2ptg


⁃ Kalau nak makan sini,ada jual halal food tapi kena tanya. Kami prefer bawak bekal sendiri. Jimat kata mr.chef. Dekat sini ada picnic area.(jangan segan nak picnic)
⁃ Bila nak balik, naik shuttle bas sampai gate depan & tunggu bas 955 @ 956 ke Bassendean Station. Bas setiap 10minit sampai.
⁃ Sampai train station,beli tiket (zone 2) AUD 4.60 & berhenti dekat Perth Station


DAY 4 (Watertown Brands Outlet)

⁃ Watertown Brands Outlet Centre mcm JPO, Mitsui. Tapi, harga barang murah juga. Esprit sales 50-70%, Levi's buy 1 free 1. Memang tak boleh tahan nafsu!
Dari Apartment jalan sampai Wellington Street dalam 20 minit, then naik Yellow Cat bas (FREE) around 7 minit & berhenti betul2 depan Watertown
⁃ Dekat sini ada jual kebab Halal.


Last Day
⁃ Memandangkan flight kul 3.30ptg,kami checkout pukul 10pg.
⁃ Then naik bus 380 (terus ke aiport terminal 1). Bas ke airport setiap 30minit. Tiket AUD 4.60

Info & Tips
-Bus di Perth dalam bandar, bas dia PERCUMA. Kalau keluar dari bandar, kira keluar zone 2, 3, 4, baru kena bayar tambang. Kalau naik bas, sangat menyenangkan untuk sesiapa bawa stroller or pakai wheelchair. Tiket bas & Train boleh valid sampai 2 jam.So, 2 jam boleh naik turun kalau salah. Best kan?

Untuk maklumat lanjut, boleh tgk laman web Transperth. Boleh siapkan plan perjalanan nak pergi Perth.

⁃ Kalau nak senang pergi mana-mana, better beli simcard Optus. Simcard harga AUD 2 & Internet 500mb AUD 2 untuk 1 hari. Bolehlah Google Maps atau Waze.

City Water Apartment reception dia available 8 pagi - 8malam. Apartment ni memang best. Setiap hari tukar towel, toiletries, kemas bilik. Dalam apartment ada disediakan dapur, tv, pemanas badan, private bathroom, peti sejuk, iron, hair dryer. Wifi ada tp kena bayar. Sebab tu kena beli simkad. Dalam bilik ada 1 katil queen & 1 katil single. Boleh 3orang tido.Mini market 5 minit dari apartment (berhadapan novotel hotel). Apartment berhadapan Swan River.

⁃ Visa australia boleh siap terus. Tapi kalau nama sangkut, ambil masa 12jam

⁃ Nak masuk negara Australia, pastikan anda tidak membawa barang-barang yang berunsurkan tenusu(dairy), buah-buahan dan bijirin tak boleh bawa masuk. Kalau ada bawa ikan bilis ke, maggi ke, pastikan anda DECLARE!!!

Pastikan anda semua merancang perjalanan anda sebaik mungkin.

Moga itinerary ini boleh memberi sedikit sebanyak rujukan untuk bercuti ke Perth nanti. -Siakap Keli



 Da sampai apartment.

Depan apartment

Tiket bus and train untuk ke zone2

 Depan watertown

Dalam shuttle bus ke caversham(free)

Main entrance Caversham

Farm show dekat Caversham

Mr.chef in action

 Pilih barang,scan sendiri dan bayar sendiri dekat Coles Supermarket

Selfie dengan kangaroo

Singgah bergambar dpn Restaurant Jamie Oliver

Kat Kailis Fish and Chips


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "