Setelah beberapa tahun menyimpan duit untuk membeli rumah, dan duit yang ada sudah cukup untuk membuat bayaran 'booking' rumah tersebut, sudah pasti membuatkan anda tidak senang duduk, manakan tidak, rumah yang bakal anda miliki kelak, sudah hampir pasti menjadi milik anda.
Namun, setelah membuat bayaran, tiba-tiba sahaja urusan tidak dapat diteruskan oleh sebab-sebab tertentu, dan duit 'booking' tersebut, anda tidak dapat kembali. Jadi, apa yang harus anda lakukan, atau mengapa boleh berlaku perkara seperti ini?
Untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku, admin kongsikan penulisan dari saudara, Salkukhairi Abd Sukor, akan masalah ini, jom kita baca, apa yang perlu kita lakukan.
Jika sedikit mungkin tiada masalah, tetapi ini dah main ribu ringgit.
Dan kebanyakan kes yang dirujuk kepada saya, menunjukkan hampir 90% pembeli tidak akan dapat balik bayaran booking yang telah dibuat.
Kenapa itu berlaku dan bagaimanakah untuk mengelakkan ianya terjadi kepada anda? Jom ikuti tips saya di bawah ini sebagai panduan.
1. Semak Kelayakan Pinjaman Terlebih Dahulu
Pastikan anda telah semak kelayakan pinjaman perumahan anda dengan bank atau LPPSA terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa bayaran booking / deposit kepada penjual. Jangan terus buat keptusan untuk beli sehinggalah anda tahu yang loan anda tiada masalah. Bila loan anda telah lulus barulah buat bayaran booking / deposit keoada penjual. Jika tidak, bayaran booking anda mungkin lesap jika sekiranya loan anda tidak lulus.
2. Tidak Membuat Apa-Apa Bayaran
2. Tidak Membuat Apa-Apa Bayaran
Jangan buat apa-apa bayaran booking atau deposit sebelum anda tandatangan perjanjian jual beli dengan penjual.
3. Hartanah Bebas Dari Sebarang Halangan
3. Hartanah Bebas Dari Sebarang Halangan
Pastikan hartanah yang anda beli bebas daripada sebarang halangan (free from all encumbrance) misalnya, bebas daripada sebarang kaveat, tiada sebarang sekatan kepentingan dan lain-lain. Jangan buat bayaran kepada penjual jika hartanah tersebut tidak bebas daripada halangan. Nak tahu hartanah anda bebas daripada sebarang halangan atau tak, sila buat carian di pejabat tanah.
4. Mempunyai Geran
Jangan buat apa-apa bayaran sehingga anda telah pasti yang hartanah tersebut mempunyai geran individu yang berasingan atau mempunyai dokumentasi yang lengkap untuk mengesahkan ianya milik penjual.
5. Lantik Peguam
Segala bayaran deposit atau booking hendaklah dibuat melalui peguam yang anda lantik sendiri. Jadi, sila lantik peguam anda terlebih dahulu. Dan sila ikuti nasihat peguam anda.
6. Bayaran Melalui Bank Draf
6. Bayaran Melalui Bank Draf
Segala bayaran elok dibuat melalui bank draf. Elakkan membuat bayaran secara tunai atau transfer di mesin ATM atau online. Jika hendak buat bayaran secara transfer, pastikan buat di kaunter. Ini kerana bayaran secara bank draf atau transfer di kaunter akan mempunyai rekod yang lebih jelas.
7. Lihat Hartanah Secara Fizikal
7. Lihat Hartanah Secara Fizikal
Pastikan anda telah lihat secara fizikal hartanah yang ingin dibeli. Dan pastikan ianya sama dengan rekod dan lokasi dalam geran/ dokumen-dokumen berkaitan. Jangan transfer bayaran dahulu, kemudian baru hendak pergi tengok hartanah yang nak dibeli.
8. Jangan Tergesa-Gesa
Jangan terlalu excited dan tergesa-gesa dalam urusan jual beli hartanah walaupun anda di desak sedemikian oleh penjual. Sila fahamkan dahulu prosedur-prosedur asas jual beli hartanah. Jika tidak, bimbang-bimbang anda mudah ditipu atau dipengaruhi oleh pihak lain.
9. Dokumen Secara Bertulis
Jika anda terpaksa membuat bayaran booking juga untuk mengelakkan hartanah tersebut terlepas ke tangan orang lain, pastikan ada dokumen secara bertulis yang dipersetujui dan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak sama ada dalam bentuk MOU, surat akuan atau perjanjian ringkas tentang apakah akan jadi kepada bayaran deposit/ booking tersebut sekiranya urusan jual beli tidak dapat diteruskan atas apa-apa sebab sekalipun. Pastikan anda menerima resit untuk setiap bayaran yang telah dibuat.
10. Consult Peguam
10. Consult Peguam
Sila consult mereka yang berpengalaman atau peguam anda sendiri sebelum membuat apa-apa bayaran booking/ deposit. Jangan dengar pendapat orang lain. Jangan bayar dahulu baru nak consult peguam.
Elakkan daripada kerugian. Fahami hak anda. Jom LIKE, KOMEN dan SHARE jika ianya bermanfaat. -Siakap Keli
Elakkan daripada kerugian. Fahami hak anda. Jom LIKE, KOMEN dan SHARE jika ianya bermanfaat. -Siakap Keli