Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kalau Nampak Penjawat Awam Hidup Terlalu Mewah, Tolonglah Lapor Kepada SPRM atau Keluarga Nasihat Sikit Supaya Bertaubat - Ali Hamsa

6 Okt 2016

PUTRAJAYA, 6 Okt: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa menggesa agar mana-mana pihak yang mengetahui mengenai penjawat awam yang dilihat hidup terlalu mewah supaya melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam masa yang sama, beliau turut menasihatkan kepada ahli keluarga penjawat awam agar memainkan peranan dengan menasihati individu berkenaan untuk kembali bertaubat.

"Saya rasa gaji penjawat awam adalah lumayan dan cukup untuk hidup dalam kesederhanaan tetapi bukanlah dalam kemewahan. Jadi kalau nampak golongan yang terlalu mewah tu, tolonglah sama ada lapor SPRM atau keluarga nasihatlah sikit supaya bertaubat,"  katanya sebagaimana lapor Astro Awani.

Selain itu, beliau juga turut menggalakkan supaya SPRM memburu mereka yang melakukan kesalahan rasuah.

"Kita ada 1.6 juta penjawat awam, dan ada kira-kira 30 individu disiasat, ia merosakkan nama penjawat Awam. Jadi saya galakkan lagi SPRM untuk cari mereka yang merosakkan nama penjawat awam," ujar beliau.

Justeru, beliau mengingatkan penjawat awam agar menjalankan tugas dengan penuh integriti. - Siakapkeli.my

Sumber : Astro Awani
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "