Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Graduan Maut Dalam Perjalanan ke Majlis Konvokesyen

2 Okt 2016
Foto : NST

SABAK BERNAM: Seorang graduan dari Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) tidak sempat menerima diplomanya apabila maut ketika dalam perjalanan ke Majlis Konvokesyen ke-11 sesi kedua di politeknik itu pagi tadi.

Menurut Harian Metro, kereta yang dipandu oleh mangsa terbabas ke dalam parit di Jalan Kampung Simpang Tebuk Sultan - Jln Alang, Sungai Air Tawar.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi tiu, mangsa, Nurul Azmina Alias, 21, dipercayai dalam perjalanan menuju ke PSIS bagi menghadiri majlis konvokesyennya.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa, berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala mayatnya dikeluarkan orang awam yang menyedari kejadian.



"Kemalangan membabitkan sebuah kenderaan iaitu kereta jenis Proton Perdana V6. Siasatan awal mendapati mangsa memandu kereta berkenaan dari arah Sungai Air Tawar menghala ke PSIS.

"Mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ketika sampai di tempat kejadian menyebabkan kenderaannya melanggar papan tanda jalan dan tembok konkrit berdekatan sebelum terjunam ke dalam parit yang mempunyai air setinggi kira-kira 2 meter.

"Orang awam yang membantu mengeluarkan mangsa mengesahkan tiada kenderaan lain terbabit dalam kemalangan itu," katanya.

Nor Azmi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987.

Sumber : Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "