Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

[Dikemaskini] Dua Lagi Ditahan SPRM, Rampasan Wang Tunai RM 52 Juta

5 Okt 2016


PETALING JAYA, 5 Okt: Dua lagi telah ditahan SPRM susulan kes penahanan dua pegawai kanan agensi kerajaan di Kota Kinabalu, Sabah kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam pemberian projek jabatan awam.

Keempat-empat individu terlibat akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu kes.

Sementara itu, pihak SPRM menganggarkan lebih RM 20 juta wang tunai yang dirampas susulan kes itu.

Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, wang tunai berjumlah RM3 juta yang dirampas sebelum ini hanya sebahagian daripada keseluruhan rampasan.

RM3 juta sebahagian daripadanya. Sebenarnya lebih daripada itu. Saya fikir lebih RM20 juta,” katanya ketika dihubungi mStar Online.



Menurut Azam, rampasan wang jutaan ringgit itu melibatkan beberapa lokasi seperti di rumah, bank dan pejabat suspek.

Setiap daripada sasaran yang kita tahan itu, setidak-tidaknya tiga lokasi. Termasuk peti besi, rumah, pejabat dan ada juga melibatkan peti besi di bank,” katanya.

Sebelum ini, dua suspek berusia 51 dan 54 tahun ditahan di pejabat masing-masing kira-kira jam 9.15 pagi Selasa kerana disyaki memonopoli dan memberikan projek-projek yang dikendalikan jabatan itu kepada sanak saudara.

Azam berkata,  sidang media berhubung kes berkenaan akan diadakan di Kota Kinabalu petang ini sambil menambah SPRM akan terus menyiasat dengan lebih agresif dan menjangkakan lebih ramai lagi yang akan ditahan.

Kedua-dua pegawai kanan berjawatan pengarah dan timbalan pengarah itu mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 bilion sejak 2010 dan telah memonopoli kesemua projek untuk diserahkan kepada adik-beradik mereka.

Jumlah harta kekayaan yang dikumpul mencecah RM50 juta hasil penyalahgunaan kuasa yang dipercayai bermula sejak 2010.

[Kemaskini]

SPRM mengesahkan jumlah wang tunai yang dirampas berjumlah RM 52 juta dan itu merupakan rampasan terbesar yang pernah dilakukan SPRM dalam tempoh 49 tahun.

Daripada jumlah itu katanya, sebanyak RM45 juta dirampas daripada pengarah terbabit manakala RM7 juta lagi dari timbalan pengarah.

"Kesemua wang tunai itu dirampas di pejabat dan rumah kedua-dua pegawai kanan kerajaan itu.

"Wang tunai itu juga memerlukan masa selama 15 jam untuk dikira membabitkan seramai 30 anggota," katanya pada sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Menurut beliau, pihaknya bagaimanapun masih belum dapat menilai jumlah keseluruhan barang kemas yang turut dirampas.




Sumber : mStar OnlineKosmo
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "