Dr. Fauziah & 10 Anggota Misi WBG Dibebaskan oleh Israel
KUALA LUMPUR 7 Okt. - Dr. Fauziah Hasan, wakil Malaysia dalam misi kemanusiaan 'Women's Boat to Gaza' (WBG) telah dibebaskan bersam dengan 10 anggota misi itu selepas ditahan oleh Israel pada Rabu lepas.
Perkara itu disahkan oleh jurucakap Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) kepada Bernama dengan berkata kesemua mereka sedang diuruskan penerbangan pulang ke negara masing-masing dalam masa terdekat.
Katanya lagi, sumber Freedom Flotilla Coalation berkata kesemua anggota misi itu telah dipindahkan dari Penjara Givon di Ramla ke pusat tahanan sementara di Lapangan Trebang Ben-Gurion, Israel.
Sementara itu, dua anggota misi itu yang dibebaskan lebih awal semalam telah selamat tiba ke negara masing-masing.
Kapal itu yang dalam perjalanan menuju ke Gaza dikepung rejim Zionis sebelum ditahan dan ditunda tentera Israel ke Pelabuhan Ashdod.
Sumber : Utusan Online