Sosial media ini, digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat, tidak kira latar belakang sama ada untuk berkongsi kehidupan seharian menerusi gambar, atau untuk sentiasa aktif bersama peminat. Terdapat juga peniaga atas talian yang menggunakan Instagram sebagai platform mempromosikan perniagaan mereka.
Namun, di sebalik itu semua, terdapat beberapa tip bagaimana untuk anda memuat naik gambar yang berkualiti dan mendapat pengikut yang ramai. Perkongsian daripada Chris Burkard ini, boleh membantu anda untuk membuatkan akaun Instagram anda lebih menarik. Jom kita tengok caranya.
Anda harus keluar, dan mencari sesuatu yang lebih mencabar, serta gunakan pencahayaan semula jadi yang mampu membuatkan gambar anda lebih 'berharga'.
Ianya akan menampakkan kualiti video yang diambil seperti seorang profesional.
Katakan anda gemar melancong dan menikmati makanan baru, anda boleh cuba untuk kekal dengan tema tersebut, dan ianya akan menjadi 'signature' bagi gambar-gambar di Instagram anda.
Tidak semua kamera mempunyai resolusi yang baik, jadi bagi menampakkan gambar anda lebih menonjol, anda boleh gunakan aplikasi VSCO atau Snapseed.
Pastikan anda meletakkan'caption' bagi setiap gambar anda, dan 'caption' tersebut boleh menceritakan apa yang anda telah lalui. tidak semua gambar boleh memberitahu apa yang anda lalui, jadi dengan gambar yang cantik dan 'caption' yang menarik, ianya satu gabungan yang sempurna.
Dengan adanya lokasi gambar anda diambil, ianya akan memberi kesan kepada mereka yang melihat gambar anda, dan akan membuatkan mereka ingin ke tempat tersebut. Jangan terkejut, dengan anda menetapkan lokasi, peratusan untuk gambar anda akan dilihat, adalah sebanyak 79%.
Ramai yang gemar meletakkan #hashtag yang terlalu banyak, dan kadang-kadang tidak bersesuaian. pastikan gambar anda hanya mempunyai beberapa #hashtag sahaja, dan berkaitan dengan gambar tersebut.
8. Interaksi Dengan Pengikut
9. Cari 'hashtag' Yang Anda Suka
'Like' dan komen gambar yang anda suka, melalui carian hashtag yang anda inginkan, dan jika anda meberikan komen yang baik, kemungkinan mereka akan melihat akaun anda pula. Juga tag gambar yang anda repost, dengan menggunakan hashtag seperti #coopshoutout
Jika anda mempunyai media sosial yang lain, anda boleh letakkan sekali akaun instagram anda, dan ianya juga merupakan salah satu cara mudah untuk memberitahu anda mempunyai Instagram juga.
11. 'Unfollow'
Pastikan anda tidak membuang masa dengan benda remah seperti 'unfollow' mereka yang tidak mengikut anda kembali. Ianya satu kegagalan yang perlu dielakkan.
Ini merupakan kesalahan, dan akan menyebabkan anda seperti seorang yang 'loser'. Keluar, dan nikmati alam, ambil gambar sendiri, mengikut apa yang anda inginkan.