Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Burung Merpati Ditahan Selepas Bawa Surat Ugutan kepada Perdana Menteri India

3 Okt 2016
No Comment


India - Seekor burung merpati yang dipercayai dari Pakistan ditahan oleh pengawal sempadan selepas satu surat yang mengandungi ugutan terhadap perdana menteri India, Narendra Modi, ditemui bersama burung tersebut.

Surat yang dialamatkan kepada PM Narendra Modi itu ditulis dalam bahasa Urdu yang berbunyi : "Modi Ji, jangan sesekali sangka kami orang sama ketika tahun 1971 (perang Indo-Pak). Sekarang semua lelaki dan kanak-kanak sudah bersedia untuk menentang India".

Merpati berwarna kelabu itu ditemui oleh kumpulan Border Security Force (BSF) berdekatan dengan pos Simbal di Bamial pada Ahad, lapor Times of India.

Inspektor Polis, Ramesh Kumar memberitahu bahawa burung itu kini berada dalam 'tahanan'.

"Kami sedang menyiasat perkara ini", tambahnya.

Mesej yang sama turut ditemui pada dua belon di kawasan yang sama pada Sabtu.

Pada September lepas, seekor burung merpati putih bersama sepucuk surat berbahasa Urdu turut ditemui di daerah Hoshiarpur.

Perang tahun 1971 merakamkan banyak konfliks antara India dan jirannya. Peperangan yang berlaku selama 13 hari itu menyaksikan Pakistan menyerah kalah dan kelahiran Bangladesh yang sebelum ini merupakan kawasan Pakistan.

Sumber : Rt.com
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "