Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video Trailer) Juvana 3: Perhitungan Terakhir ‘Perjuangan Akan Berakhir’

21 Sep 2016

Kuala Lumpur, 21 Sep - Selepas dua filem terdahulu mendapat sambutan hangat dari peminat, rantaian filem Juvana sekali lagi tampil dengan sekuel terbaharu yang berjudul Juvana 3 : Perhitungan Terakhir.

Seperti biasa, Juvana akan menyajikan penonton pelbagai drama dan aksi membabitkan golongan remaja yang terlibat dalam gejala sosial seperti gangster dan sindiket pelacuran.

Namun, apa yang membezakan Juvana 3 : Perhitungan Terakhir dengan filem-filem Juvana sebelum ini adalah plot twist jalan ceritanya yang akan membuatkan penonton tertanya-tanya apa kesudahan filem tersebut.


Secara ringkasnya, Juvana 3 : Perhitungan Terakhir adalah kesinambungan dari sekuel terdahulu. Botak, Daim dan Ayam hanya menyedari perjanjian mereka bertiga dengan Raja demi membebaskan Sara, ayah Botak dan adik-beradik Apek telah memakan diri.

Daim pula tidak dapat menerima kenyataan bahawa Sara mati akibat ditikam oleh Tok Ki dan dia mengalami gangguan emosi. Kemudian dia menjauhkan  diri dari rakan-rakannya serta menganggap mereka sebagai musuh. Lebih parah, Daim memilih jalan yang salah apabila termakan dengan pujukan Raja.


Apakah kesudahan yang bakal menimpa mereka ini? Adakah jalan yang mereka pilih akan menyebabkan kehidupan mereka menjadi gelap buat selamanya? Saksikan Juvana 3: Perhitungan Terakhir di pawagam seluruh negara pada 29 September 2016.


Juvana 3 : Perhitungan Terakhir masih lagi mengekalkan teraju utama seperti Johan As'ari, Zahiril Adzim dan Adam Shahz dan skripnya masih lagi dihasilkan oleh Alfie Palermo. Filem itu merupakan terbitan bersama Filmscape Sdn. Bhd., Juita Viden Sdn. Bhd. dan Star Media Group Berhad dan diarahkan oleh Faisal Ishak.

Layari laman Facebook Juvana untuk kemaskini terkini.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "