Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Tolonglah Kami, Kami Diarah Kosongkan Bangunan Maahad Tahfiz (Perempuan) Selewat-Lewatnya Hujung Bulan Ni," Rayu Mudir

6 Sep 2016
No Comment

Tidak dapat lelap mata dengan tenang, itulah keadaan yang terjadi kepada Pengetua Maahad Tahfiz D'itqan apabila menerima pesanan melalui aplikasi whatsapp daripada tuan bagunan yang merupakan Pewaqaf penggunaan bagunan.

Dia telah menerima pesanan yang mengarahkan mereka mengosongkan bagunan yang digunakan untuk tujuan pengajian oleh penuntut perempuan di mana sebahagiannya terdiri daripada anak asnaf miskin dan juga termasuk anak-anak O.K.U.

Menurut Mudir, Ustaz Mohd Nasir bin Tambi Chek, keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa mencari tempat pengajian baru untuk pelajar Maahad Tahfiz Littholibat(perempuan) D'Itqan menempatkan pelajar perempuan yang seramai 22 orang.

"Kami merayu bantuan daripada orang ramai atas ujian yang sedang kami hadapi pada saat ini," rayunya.

Menceritakan kepada kami, pada 22 Julai 2016 lalu Maahad telah menerima notis pertama daripada pewaqaf penggunaan bagunan melalui peasan Whatsapp berbunyi.

" Saya berhasrat untuk memberikan notis sehingga hujung tahun 2016 untuk mengosongkan bangunan Tahfiz Perempuan diatas sebab2 yang tak perlu dinyatakan."

Namun pada 17 Ogos 2016 lalu beliau menerima satu lagi pesanan Whatsapp yang berbunyi.

"Tanpa sebarang alasan memaklumkan notis pengosongan bangunan disingkatkan kepada ke 30 Sept 2016."

Kerana tempoh yang terlalu singkat menyebabkan mereka tidak dapat untuk mencari bagunan baru secepat mungkin berikutan kekangan kewangan.


Beliau juga menyatakan amat risau memikirkan nasib dan keadaan penuntutnya untuk belajar dan menghafaz Al Quran jika mereka gagal mencari premis baru untuk menempatkan mereka.

Oleh itu, kepada sesiapa yang bermurah hati untuk mencari atau memberi atau memberi bantuan kewangan untuk membeli dua buah rumah untuk memindahkan pelajar-pelajar ini amatlah dialu-alukan.

Sebarang pertanyaan serta bantuan mengenai MAAHAD diminta menghubungi:

PENGETUA
USTAZ MOHD NASIR BIN TAMBI CHEK
NO TEL : 019 3856213

MUDIRAH
USTAZAH INA.
NO TEL: 0193586213.

TAHFIZ D ITQAN LITTHOLIBAT
NO 1&2, LOT 1266. BATU 41.
JALAN BANTING-DENGKIL.
KG OLAK LEMPIT. 42700. BANTING. SELANGOR

Bagi mereka yang ingin memberi bantuan kewangan boleh salurkan ke

MAYBANK
5620 5805 7425
PUSAT PENGAJIAN D ITQAN.

Facebook: Maahad Tahfiz D'itqan

Bersamalah kita sebarkan berita ini kepada mereka yang berkemampuan bagi menjamin masa depan anak-anak yang belajar ilmu agama ini supaya mereka tidak terganggu untuk belajar dan menghafaz Al Quran dengan masalah yang sedang membelenggu ini.

Maahad Tahfiz D'itqan kini mempunyai seramai 67 penuntut iaitu 45 orang lelaki dan 22 orang perempuan di mana premis bagunan untuk pelajar perempuan yang menghadapi masalah ini.

Ketika ini pihak Maahad terpaksa memberi cuti raya Aidil Adha lebih awal kepada penuntut untuk memberi laluan kepada pengosongan premis.



Keadaan semasa di Maahad sekarang, barang-barang sudah dikemas untuk kosongkan premis bagunan sedia ada.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "