Kelantan, 6 Sep - Semalam, berita tentang sebuah sekolah di sini yang didakwa menyediakan makanan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang tidak berkhasiat menjadi topik perbualan hangat netizen.
Namun, selepas isu itu viral, guru di sekolah berkenaan tampil memberi penjelasan tentang perkara tersebut.
Menurut guru terbabit, Nur Athirah Aripin, kes itu mula viral apabila seorang guru dari sekolah yang lain yang menghantar anaknya ke sekolah itu pada pagi itu memuat naik perkara itu di Facebook.
"Al-kisahnya hari ni bermula UPSR. So ada seorang bapa pelajar juga seorang guru datang hantar anak ke sekolah.
"Hantar anak di awal pagi. Masih awal utk pelajar2 kami sampai. So mmg logik lah makanan RMTS masih tidak terusik.", tulis guru berkenaan.
Tambah puan Athirah lagi, informasi yang diberi oleh guru berkenaan tidak tepat dimana sebenarnya menu hari itu adalah Nasi Goreng Cina, bukan lah nasi putih seperti yang di gembar-gemburkan.
"Menu hari ini Nasi Goreng Cina(mengikut menu kementerian), tembikai dan milo. Nasi goreng cina ni penender kami dgn inisiatif sendiri siap tambahkan sosej+colourful egg utk menarik minat budak utk makan. Kalau u guys guru mmg akan tahu yg budak2 susah yg amat nk makan RMTS."
"Sedih kami bila benda tak benar disebarkan. Kami terpaksa menjawab dengan pelbagai pihak. PPD sendiri dah turun. PIBG dah turun. No issue at all! And please guys. If nampak any post pasal ni,do tag me.", kata puan Athirah.
Dalam masa yang sama, puan Athirah turut menghubungi pihak Siakapkeli untuk memberikan penjelasan mengenai perkara sebenar menerusi inbox.
Selain itu, puan Athirah juga berkata, penjelasan akan turut sama di buat menerusi TV3 malam ini.
eksyen budak2 RMTS skrg ni. zaman aku dulu berebut nk masuk bawah program RMTS (dulu RMT, ye la makan free. bila dah 7.20pagi seat tk penuh lagi cingu akan panggil budak2 lain utk join makan bersama. berebut budak2 datang.
BalasPadam