Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Jumpa Mayat Kanak-Kanak 2 Tahun Tanpa Jaket Keselamatan," Perenang Penyelamat Cerita Detik Sedih Selamatkan Mangsa Bot Karam

5 Sep 2016
No Comment

Seperti kita ketahuti setiap tugas anggota keselamatan pasti akan melalui pelbagai detik cemas atau menyedihkan apabila menyelamatkan mangsa-mangsa kemalangan dan sebagainya.

Bayangkan bagaimana perasaan mereka apabila menemui mangsa-mangsa yang hendak diselamatkan dalam keadaan selamat, ianya bagai satu kepuasan.

Namun, bagaimana pula perasaan mereka apabila menemui mangsa-mangsa itu dalam keadaan sudah tidak bernyawa?

Dikongsikan oleh seorang anggota penyelamat tuan RS Mohd Fadzil yang berkhidmat dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM) di mana beliau telah berkongsikan kisahnya menyelamatkan mangsa bot karam yang berlaku 2 tahun lalu, angkara kecuaian kita orang dewasa, kanak-kanak menjadi mangsa.

Jom kita baca.



Kadang kita tak tahu apa yang berlaku pada diri sendiri..

Semakin kita bermujahadah mendekatkan diri pada yang Esa makin kuatlah ujian yang datang menyapa kita..

Percaya dan yakin .. iktikad dalam sanubari.. hanya Allah sahaja yang berhak di sembah dan tempat mohon pertolongan.

Berlaku 2 tahun lepas bulan disember..saya takingat tarikh mls nak cek dalam log book. .
SAR activate! SAR activate!

Maghrib.

Dapat maklumat sebuah bot dari wallace Bay telah karam kerana bertembung dengan bot smuggle, 1 hilang dan 2 lagi telah di temui. Yang hilang tu kanak-kanak berusia 2 tahun!

Disebabkan maklumat lewat di terima .. kami hanya menarik nafas lega selepas di beritahu aset dia air dari Maritim Malaysia, PDRM dan BOMBA telah dikerahkan ke tempat kejadian.

Dengan harapan 1 yang hilang tu ditemui segera. Saya pun buat andaian anak 2 tahun yang hilang tu masih terapung memakai "LIFE JACKET" sebab esok pagi turn Heli AW139 Maritim Malaysia team kami akan ke sana sekiranya mangsa masih belum ditemui. 

Malam tu rasa tak sedap hati terbayang mangsa terapung menunggu penyelamat, dengan rasa lapar dan diancam maut. 

Lepas solat Isyak, solat Hajat agar mangsa selamat ditemui. Malam tu terjaga lagi terfikir tentang mangsa tu. Mintak mintak lah anak yang berusia 2 tahun tu ditemui terapung dengan life jacket!

Selepas Subuh.

Team whats app 0700H airbone! 

Ketempat kejadian.

0710H sampai tempat kejadian. Heli 200 feet dari paras laut.. mata melilau mencari setiap objek sambil berdoa " Ya Allah temukan kami dengan Mangsa.. menyusur di tempat kejadian sambil tengok arus kemana mangsa mungkin hanyut.

5 minit Masyaa Allah! Saya toleh dari left side nampak body mangsa, masa tu saya fikir saya nak turun cepat peluk mangsa tu. Apa pun prosedur kena ikut.

SEBELUM WINCH KEBAWAH.



Saya perhati dari cabin door rasa sedih sangat sebab mangsa tu memang dah mati.
Dia  mati sebab IBUBAPA dia TAK BAGI PAKAI " LIFE JACKET!! Masa naik bot.
Bayangkan kalau anak tu diberi pakai "LIFE JACKET"

Tentu dia tidak lemas mungkin hanya cedera, hypotermia serta Lapar.
Situasi winch dari Heli.

50feet

Touch water slack cable saya terus berenang ke arah mangsa . Pegang dengan penuh berhati-hati. Masa tu aku tergamam dan terkejut bila cuba betulkan posisi mangsa agar mudah untuk ikat dengan "stroop".

Matanya terbeliak keluar dari kelopak.. bertentang mata dengan aku . "Walau keadaan bagaimanapun saya janji akan bawak awak naik keatas" temukan kan kau dengan ibumu yang menyimpan sejuta harapan agar kau di temui.

Arus kuat time tu. Takut hanyut lagi jauh saya ambil keputusan akan terus peluk mangsa tu agar tidak terlucut dari "stroop".

Winch Up.

Sepanjang winch up saya hanya perhatikan wajah anak tu tanpa hiraukan yang lain. 
Terfikir kalau lah ni anak aku sendiri .mcm manalah aku nk hadapi..

Timbul dalam perasaan aku akan cuba beritahu semua orang kalau budak ni pakai " LIFE JACKET mungkin dia tak akan Mati!!.



Saya cuma berkongsi pengalaman mungkin anda ada pengalaman lagi hebat yang boleh di kongsi.
Saya cuma nk beritahu " PAKAILAH JACKET KESELAMATAN KETIKA MENGGUNAKAN KENDERAAN DI AIR.

Akan bersambung...........

Video kanak-kanak berkenaan diselamatkan : VIDEO

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "