"Ini Gambar Pertama Kali Kita Bertemu dalam Aturan Allah", Ini Luahan Hati Dai' Wan Selepas Safiey Illias Kembali Berubah
6 Sept - Hari ini, kita dikejutkan dengan khabar berita mengejutkan Safiey Ilias yang kembali berubah melawan fitrah.
Baca : Saya dah penat - Safiey
Dalam masa yang sama juga, pelbagai pihak cuba menarik kembali Safiey dari terjerumus semula ke kancah dosa dengan pelbagai nasihat dan pujukan.
Dai' Wan, baru-baru ini memuat naik kisah perbualan dan cubaannya untuk memujuk Safiey Ilias.
Biarpun gagal, Dai' Wan masih lagi menasihati agar Safiey bersabar dan cuba berusaha melawan semula perasaannya untuk bertukar menjadi wanita.
"Tiada insan suci yang tidak punya masa lampau, dan tiada insan berdosa yang tidak punya masa depan", tulis Dai Wan.
Ikuti perkongsian penuh dari Dai Wan
Ini gambar pertama kali kita bertemu dalam aturan Allah swt, Safiey Ilias.
Wan tidak punya panjang bicara lagi, kerana kita sudah bercakap dalam What's app hampir 1 jam tadi dengan bertujuan untuk pujuk Safiey, istiqomah semula.
Namun malam ini, Wan tak berjaya.
Safiey, kata hati penat. Letih. Tak tahan lagi dengan semua ini. Fed up.
Wan tenangkan Safiey lagi, berkali-kali juga.
Untuk jangan..
Untuk sabar.....
Seluruh ahli keluarga Safiey pun melakukan yang sama.
Wan terfikir ditempat ahli keluarga Safiey, jika Wan menjadi salah seorang dari ahli keluarga Safiey, pasti Wan akan terasa:
"Kadang-kadang dia tak tahu betapa kita sayangkan dia. Dia tetap dengan pilihan dia sahaja."
Mengapa disimpan pada hati sendiri dan biar ia terluka seorang diri Safiey, sedangkan kami yang mendoakan, tetap sahaja bersama.
Safiey, pandanglah kami yang terdekat ini, jika yang jauh boleh mengecammu.
Kami yang dekat ini tidak Safiey lihatkah, mereka yang jauh dengan kecaman, itu yang Safiey pertimbangkan.
Wan telah pesan tadi.
Kini bukan waktunya menilai dengan hati. Kerana ia berada dalam keadaan sakit, penat dan terluka.
Gunakan anggota lain waktu ni Safiey, ia adalah akalmu. Cari masa untuk kuat semula. Gunakan ia untuk melawan dan bermula baru dengan berhikmah. Lakukan atas nama dakwah. Bukan atas jagaan hati dan pandangan manusia lagi, sebab itu kamu penat, kamu kecewa, kamu terduduk sebentar sambil tertunduk.
WaAllahi, Allah akan bantu kamu Safiey.
Safiey,
Cuba lihat apa yang telah kamu miliki hari ini?
"Ahli keluarga yang selalu bersama dalam pahit manis liku hidup Safiey, sahabat2 dekat yang tahu Safiey lebih dari semuanya, rakan2 perniagaan yang menjadikan kamu contoh usahawan berjaya, agamawan yang memandang hijrah Safiey sebagai satu kesan baik pada agama & orang-orang sekeliling yang pernah titipkan masa mereka untuk dengar luahan dan kisah Safiey diserata Malaysia."
Kalau pun Safiey penat, kecewa, letih kerana mereka yang acapkali menghentam, mengkritik, negatif viewers.
Ketepikanlah semua itu malam ini, semata untuk Allah dan kami. Kesiankanlah kami yang bersamamu ini. Fikirkanlah kami juga.
Janganlah kembali seperti dulu, Safiey.
Sabarlah...
Sabar...
Sabar.
Semakin Safiey sabar, semakin tinggi darjatmu disisi Allah, apatah lagi malaikat, apatah lagi manusia.
Safiey, this is for you.
"Tiada insan suci yang tidak punya masa lampau, dan tiada insan berdosa yang tidak punya masa depan."
Ini ungkapan yang pernah Safiey ungkapkan dulu sewaktu Wan tonton kamu Live di Tv, dan kamu menangis kerana Hidayah-Nya.
Atas nama syukur, pertahankanlah ia.
Pertahankannya.
Yang benar, Da'i Wan.
Sumber : Dai Wan