Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Garuda Benam Harimau Malaysia 3 - 0

7 Sep 2016


7 Sep - Skuad bola sepak negara gagal mengekang kemaraan pasukan Indonesia apabila tewas 3-0 dalam perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa di Stadium Manahan, Solo, sebentar tadi.

Indonesia berjaya mengumpul 3 gol dalam tempoh 21 minit masa perlawanan.

Gol pertama Indonesia diledakkan oleh Boaz Solossa yang berjaya melepasi pertahanan negara sebelum melakukan tendangan menggunakan kaki kanan ke arah gol pada minit ke-7.

Gol kedua juga disumbangkan oleh Boaz Solossa pada minit ke-11 manakala gol ketiga pula disumbat oleh Irfan Bachdim, pada minit ke-21.

Tiada sebarang gol dihasilkan pada separuh masa kedua.

Perlawanan itu merupakan perlawanan antarabangsa pertama bagi pasukan Indonesia setelah Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) digantung setahun oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kerana campur tangan kerajaan dalam urusan persatuan itu.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "