Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Dipenjara 14 Hari Selepas Mengaku Bersalah Curi Barangan Bayi

8 Ogo 2016


KOTA BHARU, 8 Ogos – Seorang wanita dihukum penjara selama 14 hari oleh mahkamah majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencuri sarung tangan bayi, baju serta selipar kanak-kanak.

Majistret turut mengenakan denda RM3,000 terhadap tertuduh dan mengarahkan dia menjalani hukuman penjara tambahan selama 3 bulan sekiranya gagal menjelaskan denda itu.

Menurut laporan Sinar Online, wanita yang berusia 38 tahun itu mencuri dua selipar kanak-kanak, enam pasang baju kanak-kanak, satu t-shirt kanak-kanak dan tiga sarung tangan bayi dalam kejadian kira-kira 3.55 petang pada 21 Mac 2009 di sebuah pasaraya di sini.

Keselurah nilai barangan itu berharga RM165.

Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda serta sebat jika kesalahan kali kedua.

Kejadian itu disedari oleh pengadu yang bekerja di pasar raya tersebut yang melihat tertuduh membawa satu beg sandang dalam keadaan mencurigakan sebelum memerhatikan tertuduh keluar dari pasaraya itu tanpa membuat bayaran.


Pengadu kemudian memaklumkan kepada pihak keselamatan dan menahan tertuduh sebelum menjumpai semua barangan itu di dalam beg yang dibawa.

Pada prosiding itu, tertuduh yang diwakili peguam awam memohon hukumannya diringankan kerana mempunyai anak kecil dan suami hanya bekerja sebagai buruh.

Timbalan Pendakwa Raya negeri, Wong Siew Mun, bagaimanapun memohon hukuman berat dengan hujah tertuduh membawa anak-anaknya bersama ketika melakukan kegiatan curi itu.

Selepas ditahan tempoh hari, tertuduh dibebaskan dengan jaminan polis dan gagal dikesan hingga baru dapat dituduh hari ini. Mohon satu hukuman yang dapat memberi pengajaran kepada dia dan orang lain supaya tidak mengulanginya,” katanya.

Tertuduh yang mengandung lapan bulan dan dijangka bersalin anak kelima bulan depan itu diarah menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh sabitan, manakala denda dijelaskan ahli keluarganya.

Sumber : Sinar Online.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "