Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Viral Mat Salleh Kutip Sampah Sukarela : "Ini Hanya Sumbangan Kecil Kami Kepada Jiran", kata Micheal Joseph

30 Ogo 2016
No Comment


Pasir Gudang, 30 Ogos: Baru-baru ini, foto mereka yang sedang memungut sampah di satu kawasan perumahan di sini menjadi viral di media sosial dan pasangan suami isteri tersebut, Micheal Joseph dan Tammy Sue tidak menyangka perbuatan mereka itu menjadi viral.

Joseph, 63, berkata kepada Harian Metro, yang menemui mereka baru-baru ini, bahawa langkahnya mengutip sampah itu sudah dilakukan olehnya sejak tiga hingga empat bulan lalu selepas berpindah ke negeri itu pada Disember 2014.

Micheal berkata, sejak berpindah ke kawasan tersebut, dia dan isteri selalu memikirkan jalan terbaik untuk berkhidmat kepada jiran tetangga sehingga terpanggil untuk melakukan khidmat mengutip sampah secara sukarela.

"Biarpun kami adalah orang mendatang yang mempunyai perbezaan agama dan fahaman di kawasan perumahan ini, sudah menjadi prinsip hidup kami supaya sentiasa berbuat baik dengan orang lain.

"Ini hanya sumbangan kecil kami kepada jiran yang mana kami ingin membantu mereka supaya kawasan perumahan ini sentiasa bersih selain memudahkan tugas petugas yang memungut sampah di kawasan ini.

"Kami hanya mengutip sampah dan memasukkan ke dalam plastik sebelum dibuang ke tong sampah yang lebih besar, sama ada di tong sampah rumah kami atau di kawasan yang mempunyai longgokan sampah yang banyak," kata Joseph yang juga seorang bekas wartawan di Texas, AS..

Menurut Joseph lagi, sejak dia berpindah ke kawasan tersebut, dia dan isteri akan menghabiskan masa bersiar-siar di taman dan melakukan senaman dengan berjalan di seluruh kawasan perumahan itu.

Pada satu hari, pasangan itu terdetik untuk mengutip sampah di kawasan sekitar sementara mereka mengambil angin.

Pasangan yang mempunyai tiga anak berusia 31 hingga 36 tahun itu berkata, mereka hanya mengambil masa kira-kira 45 minit pada setiap hari Isnin dan Khamis bagi melakukan perkara berkenaan dan biasanya, hanya mengutip sampah dalam tiga beg plastik saja.

Menurut Tammy yang juga bekas jururawat di Texas, dia dan suaminya selama ini diajar untuk mencintai orang sekeliling dan itu antara cara mereka menunjukkan rasa kasih serta sayang kepada jiran tetangga.

"Ada jiran yang menghantar mesej kepada kami dan tunjuk bahawa gambar kami tersiar di laman sosial.

"Jiran dan orang sekeliling amat menghargai apa yang kami lakukan. Ada yang akan memberhentikan kenderaan dan mengucapkan terima kasih, malah ada juga yang menghulurkan makanan dan minuman buat kami.

"Bagi kami, ini bukan soal kebersihan semata-mata kerana di mana saja, malah di AS juga, sampah sarap itu memang akan wujud."katanya.

Tammy juga berkata, perbuatan mereka itu bukan untuk memberi tanggapan buruk bahawa kawasan tersebut kotor, tetapi untuk berkhidmat kepada jiran-jiran.

"Apa yang kami lakukan ini, bukan untuk memberi persepsi buruk sama ada menganggap kawasan ini kotor atau orang sekeliling yang tidak menjaga kebersihan, tetapi apa yang kami lakukan ini hanya untuk berkhidmat kepada jiran dan kawasan perumahan yang kami diami.

"Bagi kami, apa yang kami lakukan hanyalah perkara kecil, tetapi ia mungkin nampak besar kerana kami dipanggil 'Mat Salleh'," katanya yang kini dalam proses mempelajari Bahasa Melayu dan mengikuti kelas bahasa di rumahnya setiap hari.

Sumber : Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "