Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Perdana Menteri Singapura Tiba-Tiba Rebah Ketika Berucap Secara Langsung

21 Ogo 2016


Singapura, 21 Ogos - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong tiba-tiba rebah ketika memberi ucapan di perhimpunan Hari Kebangsaan Negara itu ketika sedang bersiaranan langsung pada Ahad malam.

Susulan kejadian, ucapannya terpaksa diberhentikan seketika.

"PM Lee jatuh sakit ketika berucap di perhimpunan Hari Kebangsaan. Pasukan perubatan sedang merawatnya sekarang. Hasil pemeriksaan mendapati kondisinya tidak serius. ", kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan terbaru, Lee akan kembali semula bersiaran langsung di perhimpunan itu untuk menghabiskan ucapannya.

Menurut PMO, Lee rebah kerana berdiri lama, panas dan dehidrasi. Jantungnya tidak mengalami apa-apa masalah dan dia tidak mengalmi strok.

Ucapan Lee bersambung jam 10.40 malam tadi. - Siakapkeli.my

Sumber : Independent.sg
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "