Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

2 Guru Maut Selepas Bot Bawa 10 Penumpang Karam

21 Ogo 2016


Kota Belud, 21 Ogos: Dua guru maut manakala seorang guru lain bersama lima murid dan dua kru bot terselamat selepas bot yang dinaiki mereka karam dalam kejadian di muara sungai Rampaian Laut kira-kira jam 3.40 petang tadi.

Setakat ini, identiti guru tersebut bersama mangsa yang lain belum dikenal pasti dan semua mangsa yang selamat dibawa ke Hospital Kota Belud untuk rawatan lanjut.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Rozlan Osman, sepasukan bomba dari BPP Kota Belud dikejarkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.45 petang.

"Laporan awal mendapati bot yang menuju ke Pulau Mantanani dilaporkan karam dan terdapat 10 mangsa berada di atas bot berkenaan.

"Lapan mangsa sudah dibawa ke Hospital Kota Belud untuk rawatan lanjut manakala dua mangsa disahkan meninggal dunia," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Difahamkan, semua mangsa dalam perjalanan dari Rampayan Laut menuju ke Pulau Mantanani bagi sesi persekolahan esok.

Sumber : Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "