Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tak Puas Hati Gambar Tak Cantik, Banduan Larikan Diri Tampil Komen di Facebook Suruh Media Tukar Gambar Lain

30 Ogo 2016
No Comment

Sydney, 30 Ogos - Seorang wanita menerima pelbagai reaksi di media sosial apabila menyuruh portal berita menggunakan gambarnya yang lebih cantik di posting yang melaporkan dia melarikan diri dari kompleks penjara Surry Hills Corrective Services, satu tempat yang direka untuk menahan banduan secara sementara.

Amy Sharp, 18, melarikan diri selepas jam 3 petang pada Jumaat 19 Ogos yang lalu.

Polis kemudian mengeluarkan kenyataan pada 25 Ogos untuk memberitahu orang awam tentang perkara itu dan melampirkan dua gambar Sharp yang diambil dalam keadaan tidak bermaya.


Gambar dah kenyataan dari polis itu kemudian dikongsi oleh laman Facebook Sydney's 7 News.

Tidak lama selepas itu, Sharp tampil memberi komen di posting tersebut meminta agar gambar yang lebih cantik digunakan di posting terbabit.

"Boleh tolong gunakan gambar ini, tolong dan terima kasih. Yang benar, Amy Sharp.", tulis Sharp.



Komen dari Amy Sharp itu menerima lebih 60,000 likes dari pengguna media sosial.

Tindakan Amy menyebabkan pelayar laman sosial 'hilang akal'.

Tolong kahwini saya," kata Mossab.

"Awak perlu diberikan pingat 'si gila'," kata Lor WB.

Pihak berkuasa Sydney bagaimanapun berjaya menangkap Amy di Wentworth Park, beberapa jam kemudian hari yang sama.

Amy sebelum ini dipenjarakan selepas didapati bersalah berkaitan kerosakan hartanah.

Sumber : FB 7 NewsSinar OnlineThe Guardian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "