Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sepasang Suami Isteri Diarah Keluar Pesawat Kerana Menyebut Perkataan Allah

9 Ogo 2016
No Comment

Gara-gara hanya menyebut perkataan 'Allah' semasa menggunakan telefon bimbit di dalam pesawat. sepasang suami isteri telah diarahkan turun dan meninggalkan pesawat.

Memetik laporan  The Washington Post, pasangan berkenaan, Nazia Ali dan suaminya Faisal dikatakan dalam perjalanan pulang ke  Ohio setelah pulang dari di London dan Paris sempena ulang tahun ke-10 perkahwinan mereka.

Ketika dalam pesawat, mereka tidak menyedari yang salah seorang anak syarikat penerbangan terkemuka US itu telah memaklumkan kepada juruterbang bahawa beliau kurang senang dengan pasangan tersebut, menurut laporan Cincinnati Enquirer.

Alasan yang digunakan kru berkenaan untuk menyuruh pasangan ini keluar adalah Nazia menggunakan telefon dan memakai tudung manakala suaminya sedang berpeluh-peluh.

Selain itu anak kapal itu juga mendakwa pasangan berkenaan telah menyebut  perkataan “Allah”.

Oleh itu, juruterbang memutuskan untuk tidak berlepas sehingga pasangan tersebut dikeluarkan daripada pesawat.

“Kami sudahpun duduk di dalam pesawat selama 45 minit,” 

“Anak kapal kemudian bertanya ‘Bolehkah anda keluar bersama saya? Kami mahu bertanya beberapa soalan’. Maka saya bertanya kepada beliau sama ada kami perlu membawa barangan kami dan beliau menjawab, ‘Ya, sila bawa semua barangan anda. Anda tidak akan menaiki pesawat ini," kata Nazia kepada Cincinnati Enquirer.

Berikutan tindakan kru pesawat berkenaan, kumpulan-kumpulan yang berjuang untuk masyarakat Muslim menyifatkan perbuatan sedemikian sebagai “religious profiling”.


Wakil Majlis Perbuhungan Amerika-Islam Cincinnati, Sana Hassan menggesa pemerintah Amerika supaya mengambil tindakan dan ia juga mengumumkan rancangan untuk membuat aduan terhadap syarikat penerbangan itu kepada Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat.

Insiden itu berlaku selang beberapa hari selepas seorang wanita Muslim yang juga dalam perjalanan pulang setelah berbulan madu di Turki, diarah keluar daripada laluan mengecap passport di Lapangan Terbang Doncaster Sheffield di South Yorkshire, kerana membaca buku tentang Syria. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "