Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mayat Kanak-Kanak Kemungkinan Mangsa Culik Di Jinjang Ditemui Dalam Gaung

18 Ogo 2016
No Comment

KUALA LUMPUR: Pihak polis hari ini telah menemui mayat seorang kanak-kanak lelaki di kawasan Sungai Kampung Kemensah, Hulu Kelang kia-kira jam 2 petang tadi dipercayai mangsa culik yang hilang di Jinjang pada 11 Ogos lalu, lapor Berita Harian.

Mayat kanak-kanak berkenaan telah ditemui selepas suspek kes terbabit yang mempunyai pertalian kekeluargaan dengan mangsa telah mendedahkan lokasi kanak-kanak malang itu dijumpai.

Sehingga kini pihak polis masih mengawasi lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

Pada Khamis lalu, seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang selepas selesai menunaikan solat Maghrib di surau perumahan awam Jinjang, Sentul, di sini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Azman Mohd Isa, berkata pihaknya mula melakukan pencarian di lokasi terbabit sejak malam tadi namun gagal kerana keadaan gelap.

"Kita sekali lagi membawa suspek ke lokasi sama tengah hari tadi sebelum menemui mayat mangsa di bawah gaung kawasan sungai.

"Setakat ini kebarangkalian mangsa adalah kanak-kanak yang diculik adalah besar namun kami masih menunggu sehingga bedah siasat dilakukan di Hospital Kuala Lumpur," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "