Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nyaris Maut, Kaki Dibaham Buaya Ketika Menjala Udang Di Pasir Puteh

24 Ogo 2016
No Comment

Ketika asyik membersihkan jala udang di tepi sungai, seorang tukang perabot tidak menyangka dia telah diserang oleh seekor buaya yang membaham kakinya di Sungai Gong Ketereh, Pasir Puteh, lapor Bernama.

Lelaki berkenaan, Ibrahim Nor, 59, memberitahu, kejadian yang berlaku pada ahad lalu kira-kira jam 10.30 malam itu dia bersama tiga rakan membersihkan sampah pada jala selepas menjala udang galah di sungai berkenaan.

"Tiba-tiba lutut dan betis saya digigit buaya. Selepas bergelut seketika, saya dapat melepaskan diri dan naik ke tebing," katanya.

Selepas berjaya melepaskan diri, dia terus diangkat oleh rakan-rakannya ke Hospital Tengku Anis untuk mendapatkan rawata.

Beliau mengalami kecederaan di paha, betis dan lutut kiri di mana terdapat koyakan kira-kira 20 sentimeter akibat gigitan reptilia itu.

Menurut Ibrahim, memang diketahui sungai berkenaan terdapat buaya di sungai itu di mana penduduk kampung pernah melihatnya tetapi sebelum ini ia tidak pernah menyerang manusia.

"Saya menangkap udang galah di sungai ini sejak 12 tahun lalu namun tidak pernah diserang buaya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan Mohammad Khairi Ahmad berkata pasukan peninjau jabatan itu akan dihantar ke lokasi kejadian untuk menangkap buaya berkenaan.

"Kita nasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mengambil dan segera melaporkan kepada Perhilitan jika terserempak dengan buaya," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "