Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Dilamar Teman Wanita Guna Motosikal Harley, Geran Hartanah

26 Ogo 2016
No Comment


Seakan menjadi lumrah dalam percintaan, lelaki akan melamar wanita untuk berkahwin.

Tapi seorang wanita di China baru-baru ini menjadi topik bualan ramai apabila dengan berani melamar teman lelakinya di tempat awam - dengan sebuah motosikal Harley dan juga geran hartanah.

Seolah-olah seperti satu babak dari drama, wanita itu datang menemui teman lelakinya itu dengan menunggang Harley.

Wanita dari Chengdu kemudian duduk dan memegang tangan teman lelakinya itu untuk melamar, sambil memegang geran hartanah.

Menurut NetEase, sebelum melamar, wanita itu berlaung : "Saya akhirnya berjaya kumpul duit yang cukup untuk beli Harley kesayangan kamu! Kahwini saya! Saya akan letak nama kamu di geran hartanah!".

Lelaki itu kemudian mengangguk sebagai tanda bersetuju dengan lamaran itu.

Shanghaiist melaporkan, wanita berani itu baru sahaja balik ke China selepas belajar di luar negara. Biarpun baru sahaja menjadi teman wanita kepada lelaki tersebut, dia percaya dengan cinta sejati.

Ketika ditanya tentang lamaran songsang itu, wanita tersebut menjawab : "Melamar bukan kerja lelaki. Kenapa wanita perlu tunggu lelaki untuk melamar? Saya mahu jadi lebih progresif. Jika kamu sukakan seseorang, teruskan." - Siakapkeli.my

Sumber : Shanghaiist



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "