Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Buat Laporan Polis 'Ular Patuk' Kereta Sampai Remuk

28 Ogo 2016
No Comment


KUALA LUMPUR: Seekor dari sekumpulan 'ular' yang melintas jalan dikatakan telah 'mematuk' sebuah kereta yang dipandu oleh seorang jurujual sehingga remuk.

Kemudian, ular itu lari bersama dengan kumpulannya ke dalam semak di Jalan Besar Sungai Tua, Ulu Yam Baharu, Selangor.

Itulah laporan yang diterima oleh anggota polis di Balai Polis Ulu Yam Baharu dari seorang lelaki berusia 48 tahun pada Khamis lalu.

Bagaimanapun, siasatan polis kemudiannya mendapati ular yang dimaksudkan itu adalah seekor kuda.

"Pengadu yang merupakan seorang lelaki dan berasal dari Puchong sebenarnya tidak fasih berbahasa Melayu sehingga kuda disebut ular. Pengadu sebenarnya diserang sekumpulan kuda yang melintas jalan tersebut," kata Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam kepada Bernama pada Ahad.



Supramaniam berkata, seekor daripada kumpulan kuda yang berkeliaran di kawasan itu telah menendang kereta mangsa sehingga remuk di bahagian hadapan kereta jenis Toyota Camry itu.

Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor telah dimaklumkan berhubung perkara itu bagi mengambil tindakan terhadap pemilik kuda terbabit.

Sumber : Bernama.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "