Kumpulan Jamaat-ur-Ahrar Mengaku Bertanggungjawab Serangan Hospital Yang Mengorbankan 70 Nyawa
ISLAMABAD, 8 Ogos: Kumpulan Jamaat-ur-Ahrar hari ini mengaku bertanggung jawab dalam serangan bunuh diri di sebuah hospital di barat daya negara Pakistan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 70 nyawa.
"Kumpulan Jamaat-ur-Ahrar Tehreek-e-Taliban Pakistan mengaku bertanggungjawab atas serangan ini dan berikrar untuk terus melakukan serangan seperti itu.
"Kami akan mengeluarkan satu laporan video tidak lama lagi," kata jurucakapnya Ehsanullah Ehsan dalam satu e-mel.
Kumpulan itu sebelum ini pernah mengebomm Hari Easter di bandar timur Lahore pada Mac lalu yang mengorbankan 72 nyawa yang mana kebanyakannya kanak-kanak di sebuah taman yang sesak dengan orang. - Siakapkeli.my
Pergerakan Islam itu sebelum ini melakukan pengeboman Hari Easter di bandar timur Lahore Mac lalu yang mengorbankan 72 orang, kebanyakannya kanak-kanak, di sebuah taman penuh sesak.
Sumber : BH Online