Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kanak-Kanak Hilang Ditemui Tidak Bermaya Selepas Dikurung Selama 6 Hari

25 Ogo 2016
No Comment

Seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Amirul Hakim Abdullah, 10, yang telah dilaporkan hilang pada 19 Ogos lalu telah berjaya ditemui dalam keadaan selamat di sebuah rumah di Lorong Mat Kilau, di sini, awal pagi tadi, lapor Harian Metro.

Mangsa ditemui oleh anggota polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kuantan kira-kira jam 2.20 pagi itu kelihatan tidak bermaya selepas dikurung kira-kira enam hari dengan hanya makan roti dan sedikit air sebagai pengalas perut seorang wanita dipercayai kurang siuman

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, ketika serbuan dilakukan hasil maklumat orang ramai, suspek berusia 37 tahun enggan membuka pintu untuk memberi kerjasama menyebabkan polis terpaksa memecah masuk dan menemui mangsa bersama dua lagi kanak-kanak berusia 11 dan 15 tahun.

"Siasatan awal mendapati, selama enam hari dikurung di rumah itu mangsa hanya diberi roti untuk mengalas perut dan segelas minuman selain suspek juga mengunci pintu bilik bagi mengelak mangsa melarikan diri," katanya.

Beliau berkata, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 363 dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, ibu kepada Amirul, PuanMime Azura Mohd Noor, 33, resah apabila anaknya hilang selepas keluar dari rumah mereka di Kampung Tengah, di sini, 6.30 petang Jumaat lalu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

    Loading...
    ©2014 Siakapkeli
    " "