Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hotel Muslim Di Kaki Gunung Fuji Belum Terima Sebarang Tempahan, Punyai Permandangan Cantik

26 Ogo 2016
No Comment

Disebalik keindahan alam dikaki pergunungan gunung Fuji di Jepun rupanya terdapat sebuah hotel yang patuh syariah dan mempunyai permandangan cantik amat sesuai untuk didiami terutamanya pelancong beragaman Islam.

Namun hasrat murni pengusaha hotel patuh syariah berkenaan belum tercapai lagi apabila hotel miliknya yang terletak berhampiran tasik Kawaguchi dalam daerah Fujikawaguchiko itu masih belum menerima sebarang tempahan daripada pelancong beragama Islam, lapor Japan Times.


tasik Kawaguchi

Hotel syariah Fujisan di kaki gunung Fuji yang diusahakan oleh Shigeru Yamashita dikatakan menyediakan segala kemudahan untuk mereka beragama Islam di mana ianya menyediakan masakan makanan halal Jepun menggunakan daging lembu dan bebas alkohol.

Selain itu, hotel berkenaan juga dilengkapi surau untuk kemudahan solat, manakala sebanyak lapan bilik di hotel itu mempunyai anak panah yang menunjuk arah kiblat, lengkap dengan sejadah.



Hotel berkenaan dikatakan telah diubahsuai daripada sebuah rumah kosong sehingga menjadi sebuah hotel bercirikan syariah pada 17 Ogos lalu, namun ia masih tidak menerima sebarang tempahan.

Menurut Shigeru Yamashita,72, beliau sememangnya menjangka keadaan ini terjadi di mana dia tidak akan mendapat pelanggan pada hari-hari awal selepas restoran itu dibuka.

"Saya menguruskan hotel ini sambil melihat ke depan untuk masa akan datang dalam tempoh lima hingga 10 tahun," katanya.

Beliau memberitahu dia mula tertarik dalam sajian makanan halal beberapa tahun lalu selepas membawa sekumpulan pelancong muslim melancong di situ.

Jadi, beliau telah mendapat ilham untuk membuka sebuah hotel yang berasakan Syariah bagi mensasarkan pelancong beragama Islam kerana peningkatan bilangan pengunjung ke Fujikawaguchiko adalah berasal dari Indonesia dan Malaysia.



Selain hotel itu, beliau turut mempunyai sebuah hotel di bandar Fujikawaguchiko di mana menawarkan makanan halal jika diminta sejak awal tahun lepas.

Oleh itu dia membuat keputusan untuk membuka sebuah hotel khusus untuk pelancong muslim selepas diberitahu kesukaran mereka mencari masjid dan restoran halal.

Pada tahun 2015 lalu, dianggarkan lebih 8000 orang pelangong Muslim daripada Malaysia dan Indonesia melawat bandar Fujikawaguchiko yang berhampiran dengan Gunung Fuji.

Yamashita percaya jumlah itu akan meningkat jika persekitaran yang mesra Muslim dibangunkan di sana di mana beliau bercadang jika mendapat sambutan baik dari pelancong Islam dia akan membina sebuah masjid di hotel berkenaan bagi memudahkan pelancong Islam beribadat. - Siakapkeli.my

Sumber gambar: booking.com








Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "