Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) GTA Dunia Nyata? Kemalangan Kecil Bertukar Jadi Episod Keganasan Atas Jalan Raya

3 Ogo 2016
No Comment


China - Satu rakaman dramatik yang merakamkan aksi tegang satu pergaduhan di atas lebuhraya di wilayah Guandong di sini menjadi viral di media sosial sehingga ada yang menyifatkan adegan di dalam video itu seolah-olah seperti permainan video 'Grand Theft Auto' (GTA).

Menerusi rakaman video itu, kelihatan sebuah kereta putih tiba-tiba masuk ke 'lane' kiri dan berhenti secara tiba-tiba, menyebabkan kereta di belakangnya terlanggar bahagian belakang kereta itu.

Dari situ, bermula episod pergaduhan besar di atas lebuhraya tersebut.

Detik tegang bermula apabila pemandu kereta putih terbabit keluar dari kereta dan melompat ke atas bonet hadapan kereta yang melanggarnya.

Lebih teruk, lelaki terbabit kemudian masuk semula kedalam kereta putih itu, membuat pusingan U dan melanggar kereta itu dari hadapan beberapa kali. Ouch.

Selepas beberapa siri pelanggaran kejam itu, seorang lelaki yang dipercayai pemandu kereta yang dilanggar muncul di dalam video itu dengan memukul cermin hadapan kereta berkenaan dengan kayu besbol.


Video tersebut menjadi viral di Weibo dan menimbulkan persoalan tentang undang-undang yang disifatkan 'tidak cukup' untuk mengajar pengguna jalan raya supaya lebih berhemah.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "