Keadaan pesawat selepas api dipadamkan |
Kuala Lumpur, 3 Ogos - Dua rakyat Malaysia antara 282 penumpang dan 18 krew yang berada di dalam pesaswat Emirates yang terbabas dan terbakar sebelum meletup di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada Rabu.
Baca : Terkini : Pesawat Emirates Terbakar Sebelum Meletup Ketika Mendarat
Perkara itu disahkan olehEmirates menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya.
Dalam kejadian yang berlaku pada petang tadi, kesemua penumpang dan anak kapal berjaya dikeluarkan dari pesawat EK521 itu dengan selamat.
Menerusi video-video yang dimuat naik di media sosial, kelihatan pesawat yang terbang dari Trivandrum International Airport in Thiruvananthapuram, India itu terbakar sebelum meletup seterusnya menyebabkan ia diselubungi asap tebal. - Siakapkeli.my
Sumber : Emirates
This is the moment an #Emirates plane exploded after crash landing in #Dubai. Full story: https://t.co/YcBqBKG1Uphttps://t.co/ZjMLpCennP— NBC News (@NBCNews) August 3, 2016